Wednesday, September 30, 2015

Tuala pemanas.



Masih lagi kisah dalam keretapi. Tapi kisah ini berlaku tidak lama dahulu.

Jika ada yang bercakap kuat di dalam koc, kita memang boleh hilang sabar, apatah lagi keretapi malam. Senandung Malam.

Jika ada yang melepaskan asap rokok di dalam koc, kita memang boleh hilang sabar. Kerana zaman ini, semua keretapi berhawa dingin.

Jika ada yang mabuk arak dan meracau gila di dalam koc, darah kita akan mula menyirap.

TETAPI.

Jika ada anak kecil yang menangis, apatah lagi baru beberapa bulan. Tidak ada siapa yang akan marah. Tetapi, tetap rasa terganggu. Apatah lagi keretapi malam, kerana waktu itu, rasanya semua orang mahu menikmati keenakan tidur dalam keretapi.

Seorang ibu muda kelihatan begitu resah dan serba salah, apabila anak kecilnya menangis dan terus merengek.  Susu badan telah diberi. Henjutan buaian semakin kuat.

Si ayah pula sesekali mengangkat anak kecil dengan sepenuh kasih sayang. Didukung dan dibawa berjalan didalam koc.  Setelah diletakkan kembali didalam buaian. Anak kecil itu terus menangis lagi.

Rasanya, semua mata memandang dengan rasa belas.

Kelihatan seorang wanita Cina cuba membantu dengan meletakkan sedikit minyak angin. Mungkin bayi tidak selesa akibat kembung perut.  Usahanya juga tidak berhasil. 

Jam menghampiri pukul 1 pagi.  Saya bersin beberapa kali. Sambil menekup muka dengan tuala kecil.  Saya tersandar kembali. Tiba-tiba saya teringatkan sesuatu. Saya masih memegang tuala kecil.  Terus sahaja saya bangun, mengeluarkan bagasi. Buka, dan saya ambil tuala didalamnya.

Saya terus pergi bertemu pasangan ibu bapa muda itu.  Kedua-duanya tergamam. Saya lipat tuala itu menjadi beberapa kecil dan agak tebal dan saya suruh selimutkan bayi itu dengan tuala.

Sebelum sempat saya sampai ke tempat duduk saya semula. Sudah tidak kedengaran suara bayi itu menangis.

Dan, alhamdulillah. Semua penumpang dapat tidur dengan nyenyak.

Saya sengaja kongsikan kisah ini. Kerana, saya juga pernah dibantu oleh seorang wanita. Di waktu itu, kami baharu mendapat cahaya mata pertama. Langsung tiada pengalaman.

Dan kejadian yang sama berlaku. Saya sudah tidak keruan. Penumpang wanita itu menyuruh kami selimutkan bayi dengan tuala. Dan anak kami tidur dengan selesa.

KOC MALAM memang sejuk.

Bersedia dengan tuala mandi yang kering.



No comments:

Post a Comment