Wednesday, September 30, 2015

Tunjuk jalan dapat air.



Mulanya kami bertengkar dalam kereta. Dek kehausan, semuanya seperti hilang pertimbangan.
Ada yang mahukan air berkarbonat 100 Plus. Ada yang hendakkan air kacang soya.
Saya hulurkan RM10 kepada anak saya dan bertegas.

"Belikan air cincau Fitrah sahaja!"

Tidak sampai 5 minit. Anak saya keluar dari kedai shoppemart, Petronas. Menjinjing 5 botol air cincau Fitrah.

Saya terfikir. Ini mesti dia gunakan duit sendiri. Sebab, sebotol air cincau itu harganya RM2.40.

Dengan sekali sedut, hampir separuh botol habis. Alhamdulillah, lega.  Saya terus memandu.

Tiba-tiba anak saya menghulurkan RM10.

"Eh, ini duit apa?" saya kehairanan.

"Tadi ada uncle tu, dia beli rokok, lepas tu dia tanya kat kaunter, jalan nak ke Pulau Carey, kerani tu tak tahu, saya yang tunjukkan jalan ke sana. Lepas tu dia bayar duit rokok dengan duit air cincau sekali."

"Oh ya ka?" isteri saya membalas.

"Jimat duit abah ..." saya menjawab bersahaja.

No comments:

Post a Comment