Wednesday, September 30, 2015

Tuan rumah sempoi.



Sewaktu saya masuk ke dalam bango mewah itu. Saya memang tidak kenal dengan tuan rumah.  Saya hanya menemankan sahabat saya yang aktif dalam pertubuhan Al Arqam.  Sebaik masuk dan memberi salam. 

Sudah terdengar keriuhan di ruang tamu.  Kumpulan kami dipersilakan masuk dengan hormatnya oleh ahli keluarga tuan rumah.  Saya lihat ada beberapa orang lelaki warga emas sedang duduk bersantai diatas lantai.
Boleh dikatakan semua tetamu yang hadir duduk diatas lantai.  Menikmati juadah sambil bersila.

Mata saya meliar memandang segala kemewahan didalam banglo itu dengan rasa amat kagum.  Sebaik duduk disatu penjuru bersama sahabat-sahabat saya.  Masuk lagi sekumpulan tetamu lelaki dan perempuan.
Begitu meriah sekali.

"Yusoff, mana satu tuan rumah?" saya bertanya dengan berbisik kepada sahabat saya.

"Tu, yang pakai baju T dengan seluar warna krim." sambil memuncungkan mulutnya.

Usai berbual mesra. Menikmati kuih raya. Kami beratur bersalaman dengan tuan rumah.  Dengan nakal, saya mencuit punggung sahabat saya.  Kerana saya telah dapat melihat, rupanya tuan rumah menghulurkan duit raya sebanyak RM10 setiap seorang.

Itu kisah tahun 80'an, diwaktu pertubuhan Al Arqam berada dikemucak.

Beberapa hari lepas. Saya berkunjung ke rumah sahabat saya.  Saya tergamam. Rupanya, datuk sahabat saya itu adalah tuan rumah yang saya kunjungi dahulu.  Konsepnya tetap sama.  Para tetamu menikmati jamuan sambil bersila.

Yang bezanya, kali ini saya tidak beratur untuk mendapatkan duit raya.


Top of Form
Bottom of Form

No comments:

Post a Comment