Saturday, September 1, 2018

Atas dada. Atas syurga.

Atas dada. Atas syurga.
"Itu tangan sorga!" keras nada yang keluar dari halkumnya.

.
.

Kami duduk bersebelahan. Sementara menantikan bas tiba. Sama-sama menantikan saudara kami tiba. Saya menunggu sahabat saya, dan lelaki di sebelah saya menantikan anak saudaranya tiba.

Loghat Jawanya agak tebal juga. Namun, alhamdulillah, kami saling memahami perbualan kami.

Lelaki itu berasal dari sebuah daerah di selatan Indonesia. Katanya, kampungya hampir bersempadan dengan Timor Timoer.

Lelaki itu begitu menjaga perkataan yang diucapkannya. Dan, menjaga matanya.

Sedang kami leka berbual. Berlaku satu insiden yang membuatkan lelaki itu kelihatan begitu marah.

Sebuah motor berhenti hanya beberapa langkah dari kami.

Kelihatan seorang anak remaja perempuan, turun dari motor, sementara si ibu hanya memandang anak perempuannya berlalu pergi.

Wajah si anak begitu masam mencuka.

Si ibu hanya mampu memandang dengan mata langsung tidak berkelip.

Seketika memandang anaknya berjalan pergi. Si ibu terus menunggang motor beredar dari situ.

"Kamu lihat anak sekarang. Semuanya menempah tempat ke neraka!" tiba-tba sahaja lelaki itu melahirkan amarahnya.

"Kenapa si anak tidak bersalam dan mencium tangan ibunya? Itu tangan sorga!" keras nada yang keluar dari halkumnya.

Dan, disinilah bermulanya sebuah kisah yang meruntun jiwa. Diseritakan oleh lelaki itu.

-
-

Di sebuah daerah terpencil. Selatan Indonesia. Lahir seorang bayi lelaki. Kelahirannya disambut oleh bidan kampong, diiringi linangan air mata oleh si ibu.

Kerana, si ayah telah terlebih dahulu meninggal dunia akibat penyakit misteri.

Si anak dibela dan ditatang bagaikan minyak yang penuh.

Dibela oleh si ibu dan kedua datuknya.

Kawasan itu sememangnya suatu daerah yang jauh dari pembangunan.

Nilai-nilai tradisi begitu dipegang erat oleh penduduknya yang majoritinya terdiri daripada golongan Kristian.

Hanya tidak sampai 100 keluarga yang beragama Islam.

Yuli, nama anak kecil yang tiada ayah. Dididik dengan nilai Islam yang dipegang teguh oleh keluarganya.

Pesan Datuknya satu hari. "Yulli, mahukah kamu melihat tangan ahli syurga?"

Yuli melonjak-lonjak kegembiraan dan tidak sabar mahu melihat tangan ahli syurga.

"Tok, tangan ahli syurga ada di atas bumi ini? bumi kita?"

Si datuk mengangguk sambil tersenyum.

"Tunjukkan pada saya tangan itu?" rengek manja Yuli pada datuknya.

"Itu ..." dan datuknya menunjukkan ke arah ibu Yuli.

Yuli terpinga-pinga. Langsung tidak faham.

"Ibumu ... itulah tangan syurga buat mu."

Yuli memandang ke dalam bebola mata datuknya, mengharapkan sebuah jawapan yang lebih jelas.

"Satu hari kamu akan faham." sambil datuknmya mengusap rambut cucunya dengan penuh kasih sayang.

Dan, sejak itulah, Yuli sentiasa mencium tangan ibunya.

Zaman kanak-kanak, hinggalah zaman remaja membawa ke zaman dewasa.

Tidak pernah satu hari pun Yuli meninggalkan amalan mencium tangan ibunya.

Setelah kedua-dua datuknya meninggal dunia. Yuli dan ibunya berpindah ke sebuah daerah yang tidak jauh dari sebuah kota.

Mendapat pekerjaan yang agak baik di sebuah syarikat. Mengambil masa hampir 1 jam untuk sampai ke rumahnya.

Setelah beberapa tahun bekerja, dan berjawatan agak baik. Ibunya mendesak supaya Yuli berkahwin, kerana itulah masa yang paling sesuai.

Suatu pemintaan yang tidak mampu ditolaknya.

Setelah berkahwin dan mendapat isteri yang solehah. Kehidupannya mereka semakin bahagia.

Mereka bertiga tinggal serumah. Lebih menyenangkan hati Yuli, apabila ibunya begitu menyayangi isterinya, dan isterinya pula amat manja dengan mentuanya.

Sehinggalah berlaku satu tragedi.

Berlaku dalam bulan Ramadhan yang mulia.

Kesemua mereka langsung tidak sedar untuk bangun bersahur. Malahan lebih teruk lagi, mereka langsung tidak sedar untuk bangun bersolat Subuh.

Disebabkan oleh kelewatan yang begitu terlajak.

Yuli terus bangun dan bingkas untuk segera mandi. Usai bersiap, dia terus menghidupkan kereta dan sekelip mata, dia telah berada di jalanraya menuju pejabat.

Hampir separuh perjalanan. Tiba-tiba dia tersedar sesuatu.

Yuli teringat satu perbuatan KERAMAT yang tidak pernah ditinggalkan selama ini.

Hari itu.

DIa tidak bertemu ibunya untuk keluar kerja.
Dia tidak memeluk ibunya.
DAN,

Dia tidak memegang dan bersalam dan mencium tangan ibunya.

Hatinya resah. Jiwanya tidak tenang.

Tiada pilihan. Dia terus berpatah balik.

AKU ANAK DERHAKA ! itu yang diucapkan sendiri oleh Yuli.

Setibanya di rumah. Hatinya semakin tidak keruan.

Kelihatan orang ramai sedang mengerumuni rumahnya.

Dia terus menerpa ibunya.

YA ALLLAH !

Kelihatan ibunya telah terbaring di ruang tamu.

"Ibu!"

Dia menyembamkan mukanya ke dada ibunya.

"Ibu ... kenapa ... apa yang berlaku? ampunkan Yuli kerana tinggalkan ibu tanpa bersalam dengan ibu."

"Yuli, dengarlah sayang ... ibu sentiasa bahagia dengan Yuli ... ibu sentiasa ampunkan Yuli ... Yuli tidak ada dosa dengan ibu ..."

Dan, dengan lafaz ALLAH yang begitu jelas.

Ibunya menghembuskan nafas terakhir. Yuli meraung sambil mendakap ibunya.

Setelah beberapa hari berlalu. Sewaktu sedang bekerja. Dia sekali lagi terkejut.

Beberapa orang pekerja dalam bangunan yang sama telah mengalami kecelakaan jalan raya dan 2 orang telah maut oleh kemalangan ngeri, berlaku pada hari yang sama dengan hari ibunya meninggal dunia.

Berlaku di laluan yang sama.

"Ya Allah..." Yuli meraup mukanya.

Waktunya sama dengan waktu dia dalam perjalanan ke tempat kerja pada hari berkenaan.

Tidak lama selepas itu, Yuli mendapat perkhabaran gembira. Isterinya mengandung. Dan lebih menggembirakan, dia juga mendapat tawaran kenaikan pangkat.

Hari ini, berkat dari ketaatan kepada ibunya. Yuli dikurniakan dengan beberapa orang putera dan puteri yang cerdik.

Beberapa orang dari puteranya menjadi pendakwah dan ada yang menjadi ketua pentadbir kawasan.

Lelaki itu mengakhiri kisah yang benar-benar bermanfaat itu.

"Ingat ya saudara ... tangan ibumu ialah tangan ahli sorga." sambil dia menepuk-nepuk paha saya.

.
.

Abang Long.
Salam-genggam-cium tangan ibu - baru nampak sweet!

#ADR2
# Fesyen baru - sudah semakin ramai yang 'tanduk' tangan ibu. Bukan cium tangan ibu dengan mulut / bibir. Meletakkan dahi ditangan sewaktu bersalam

No comments:

Post a Comment