Saturday, September 1, 2018

Benci + Meluat. Sayang + Kasihan.

Benci + Meluat. Sayang + Kasihan.
"Yang mana satu pilihan kita?" saya diam bila diasak soalan itu.

.
.

Dalam bisnes, 90% ialah perhubungan. 10% ialah urus niaga. Itu yang saya pelajari seawal menyertai sebuah bisnes jualan langsung yang terkemuka.

Sehingga hari ini, fakta itu memang benar.

Kenapa saya bercakap tentang bisnes ? sedangkan hakikatnya saya bukan seorang usahawan yang telah terbukti berjaya.

Saya menjual dadih. Dan saya menyedari, dadih bukan suatu keperluan.

Tetapi, jiwa saya tersentak dengan teguran serta bimbingan dari seorang sahabat + Sifu + Mentor.

Beliau telah membuka dimensi baru dalam usaha saya.

"Antara benci, meluat, sayang dan kasihan, mana satu yang engkau dapat dalam bisnes dadih?" soal tuan Sifu sewaktu saya makan tengahari dengannya.

Saya ternganga.

"Sayang dan kasihan." saya menjawab penuh keyakinan.

"Tetapi cara engkau tag aku dengan bisnes kau, cara engkau promo bisnes engkau dalam FB aku menyebabkan aku jadi meluat! dan aku yakin, orang lain pun meluat!"

Tiba-tiba sahaja nasi beriani yang sedang saya kunyah terasa amat tawar untuk ditelan.

Memang saya tersentak dengan pengakuan jujur Tuan Sifu saya.

Saya merenung matanya sedalam-dalamnya. Mengharapkan sedikit perasaan simpati dari seorang tuan guru.

Akhirnya, dengan senyuman terukir dibibirnya. Sepenuh keikhlasan dan kasih sayang, diturunkan ilmunya yang amat luas. Bukan dalam bidang bisnes, tetapi dalam bidang penulisan, kewartawanan dan paling utama, beliau merupakan seorang yang hebat dalam dunia falsafah !

Antara tips yang diberikan yang saya mahu kongsi bersama dengan pemilik FB yang menjalankan bisnes:
.
.

1] Sewaktu kita mula membuka akaun FB. Kita mahu berkawan, kita mahu bersahabat. Itu matlamat utama. Maka, berkawan dan bersahabat. Bisnes datang kemudian.

2] Bila orang lain sudah menerima kita sebagai sahabat FB. JANGAN terus tag dengan bisnes kita, bertalu-talu. Ini punca orang meluat dan geram + marah!

3] Kita berbual, kita bertegur sapa, kita komen, kita berikan maklumbalas tulisan dan status sahabat-sahabat kita. JANGAN MALAS! Jangan pilih kawan untuk berikan komen.

4] Jika sahabat kita tulis perkara yang menggembirakan, kita kongsi kegembiraan itu dengan komen yang menggembirakan sahabat. Jika sahabat kita dalam kesedihan, kita berikan kata-kata semangat.

5] Kalau tak pandai bagi komen. Lebih baik diam.

6] Apa sahaja yang sahabat kita tulis atau naikkan apa sahaja status, RAJIN-RAJIN lah memberikan komentar. Walaupun sekadar menekan icon senyum atau sedih.

7] Dan, JANGAN MENGHARAPKAN kunjungan hormat sahabat FB. Jika mereka berikan komen, ucapkan terima kasih. Jika mereka tidak pedulikan kita, jangan ambil hati, mungkin di hari lain, mereka akan menyapa kita.

8] Jika ada sahabat FB yang tag kita dengan bisnes mereka. Klik LIKE. Sebagai tanda sokongan.

9] Jika ada sahabat FB yang memerlukan apa sahaja pertolongan, dan jika kita tahu cara membantunya, rajinkanlah membantu sedaya mungkin.

10] Usahakanlah, usahakanlah, usahakanlah menulis dengan ayat penuh. Gunakanlah bahasa yang baik, bukan perkataan sms, atau perkataan singkat.

11] Akhirnya, setelah mengambil masa untuk menjalinkan perhubungan. Barulah kita mengirimkan mesej secara peribadi. Memaklumkan yang kita ada menjalankan bisnes.

12] Berikan salam. Nyatakan tujuan dengan jelas. Mohon maaf jika ianya mengganggu. Dan ucapkan terima kasih atas kerjasama kepada sahabat FB.

13] Jika sahabat telah menyatakan persetujuan. Barulah kita TAG dengan penuh rasa hormat.

-
-

Pengalaman saya. Setelah mengambil waktu yang agak lama. Menjalinkan perhubungan.

Akhirnya.

Hari ini, ramai sahabat yang secara suka rela + kasihan + sayang, terus menerus membantu mempromosikan usaha bisnes saya.

Tambahan lagi, Tuan Sifu saya yang telah membuka dimensi dalam usaha niaga dadih.

"Kamu berniaga, tetapi orang lain dapat PAHALA." tuan Sifu mengakhiri kata-katanya dengan menepuk bahu saya.

.
.

Abang Long.
10% sembang. 90% sumbang. Program berjalan lancar.

#ADR2

No comments:

Post a Comment