Saturday, September 1, 2018

Heat dan dahsyat!

Hebat dan dahsyat!
"Maaf, tak jadi bagi." saya diam, saya senyum, saya redha.

.
.

Sejak saya menulis tentang rezeki, sedekah, kesihatan dan pelbagai perkara kebaikan manusia.

Hampir saban minggu, ada sahaja sahabat mahupun orang tidak dikenali yang mengirimkan sms, whatsApp hatta menghubungi saya terus.

Mereka mendapat pelbagai rezeki terpijak, rezeki tidak disangka-sangka, rezeki melimpah dan banyak lagi kisah mengenai rezeki.

Ada yang gembira tidak terkata, dan ada yang menangis tidak dapat ditahan lagi.

Beberapa minggu lepas, seorang pembaca baru sahaja selesai membaca buku saya - Aku, Dia & Rezeki.

Lalu dia berhasrat untuk membuat sumbangan berupa barang sejuk beku kepada beberapa buah rumah anak yatim.

Katanya, peti sejuk beku di kedainya telah rosak. Dan paling membimbangkan, barangan di dalam peti sejuk itu akan turut rosak.

"Dari rosak begitu, lebih baik saya jual dengan harga murah kepada pelanggan saya, tiba-tiba saya terfikir, alangkah baiknya jika saya bersedekah sahaja kepada anak-anak yatim."

Rupa-rupanya, sebelum itu dia menghadapi masalah. Pembekal barangan sejuk beku telah bertolak dari Johor untuk dihantar ke kedainya. Manakala pengeluar peti sejuk beku baharu tidak dapat dihantar dalam kadar segera ke kedainya.

"Saya menjadi tidak keruan waktu itu, saya buntu! isteri saya hampir menangis ... sudah tentu banyak yang kami rugi."

Dia menghubungi saya untuk menyerahkan beberapa bungkusan untuk didermakan.

Sampai waktu serahan, dia menukar hasratnya itu.

"Maaf, saya tak jadi bagi. Saya akan hantar sendiri ke rumah anak yatim."

Kisahnya, dia telah menghantar beberapa bungkus ke rumah jirannya yang mempunyai anak-anak yatim.

Sewaktu menghantar ke salah sebuah rumah anak yatim, beliau telah disapa oleh jiran tetangga rumah anak yatim itu.

Jiran itu bertanya samada dia boleh membantu mencarikan orang untuk membeli 3 peti sejuk beku milik mereka.

"Peti sejuk beku tu baru pakai tak sampai sebulan, dia jual separuh harga, dan jiran itu sebenarnya hendak berpindah ke Dubai, baru dapat tawaran kerja disana ..." jelasnya lagi.

"Abang Long, waktu tu saya rasa menggigil .... saya jadi bisu ... saya bukan sahaja jimat beribu, malah saya dapat 3 peti sejuk baharu dengan harga amat murah!"

"Dalam kereta isteri saya menangis ..."

Sebelum mengakhiri perbualan. Dia sempat membuat pesanan dadih untuk dihantar ke masjid.

"Duit lebih tu saya hadiahkan untuk anak-anak abang long ..."

.
.
.

Abang Long.
Sedekah ialah Pintu Lebuhraya Kewangan.

#ADR2

No comments:

Post a Comment