Sunday, September 2, 2018

DOA seorang wanita.

Seringkali berlaku, apabila kita berada disuatu tempat yang kita tidak biasa. Kita sering berfikir yang bukan-bukan.

Begitu juga yang berlaku kepada saya, sewaktu menziarahi seorang sahabat yang sudah berpuluh tahun tidak berjumpa.

Saya pergi ke rumahnya dengan menaiki bas berhenti-henti. Macam-macam perasaan ada.

Kejadian ini berlaku sewaktu saya hendak balik.

Dari awal lagi, sahabat saya sudah meninggalkan pesan. "Bas disini tak tentu ... kadang setengah jam, kadang sejam baru muncul. Teksi pula, ikut nasib, dalam sehari ada kut sekali dua depa lalu."

Maklumlah, tempatnya agak jauh di pedalaman.

Melihat langit yang kelihatan semakin gelap, walaupun waktu baru pukul 4 petang, saya terus memohon izin untuk pulang.

Saya berjalan hampir 100 meter untuk ke simpang jalan. Dan terdapat sebuah hentian bas yang sungguh usang.

Angin sudah mula bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Sewaktu menghampiri hentian bas itu. Kelihatan seorang wanita berbaju kurung dan anaknya dalam lingkungan usia 4-5 tahun sedang duduk disitu.

Sebagai tanda ukhuwah, saya terus memberikan salam.

Dan alhamdulillah, salam saya dijawab dengan jelas disertai sebuah senyuman.

Saya memulakan perbualan sebagai menghilangkan rasa takut. Ya lah, manalah tahu ... di tempat sebegitu, pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

"Puan nak kemana?" sambil saya memandang anak kecilnya.

"Nak balik Kamunting."

Saya mengangguk.

"Encik nak ke mana?" tanya wanita itu.

"Saya nak balik Taiping."

"Ooo ..." si wanita itu menjawab ringkas.

Selepas itu, kami hanya melayani fikiran masing-masing.

Angin semakin bertiup kencang. Rintik-rintik hujan sudah mula turun.

Memang terasa membimbangkan. Apatah lagi bumbung hentian bas itu banyak yang berlubang.

Saya terfikir yang bukan-bukan.

Kalau hujan, dimana aku nak berlindung.
Kalau basah, aku nak lari kemana.
Kalau gelap, aku tak ada lampu suluh.
Dan paling membimbangkan, adakah wanita itu seorang manusia biasa atau jin Islam ?

"Allahuma solli ala ..."

Kedengaran jelas wanita itu terus berselawat tanpa henti.

Saya pula terasa malu. Kerana dari tadi, saya hanya melayani sms, whatsApp dan membelek telefon bimbit.

Titisan hujan semakin besar dan mengeras.

Diwaktu itu saya sudah terfikir untuk berpatah balik ke rumah sahabat saya.

Tiba-tiba. Si wanita itu bangun dan menadah tangan, wajahnya menghadap langit yang kelam..

"Ya Allah, aku merayu kepada MU. Permudahkanlah urusan kami, aku mahu ziarah ibuku yang uzur. ALLAH. ALLAH. ALLAH."

Dan. Langit sudah semakin hitam pekat. Angin semakin kencang.

Dari kejauhan. Terpancar lampu dari sebuah kenderaan.

Semakin dekat. Dan barulah kami sedar.

Sebuah teksi berhenti dihadapan kami.

Tidak menunggu. Kami terus menerjah masuk ke dalam perut teksi dengan suatu kelegaan yang teramat sangat.

Saya duduk dibahagian hadapan, manakala wanita itu duduk di bahagian belakang bersama anaknya.

"Encik nak kemana?" tanya pemandu teksi itu.

"Taiping." saya menjawab ringkas.

Dan wanita itu pula menyahut. "Turunkan saya dekat Kem ISA."

Pemandu itu seperti kebingungan. "Oh, saya ingat suami isteri ... ok baik."

Kami berdiam diri melayani fikiran masing-masing.

"Sini memang susah nak dapat teksi ya?" saya terus mengajukan soalan itu kepada pemandu teksi itu.

"Ya lah, jalan pedalaman." pemandu itu terus fokus kepada pemanduan dalam keadaan hujan lebat dan ribut kencang.

"Tuan dari mana tadi?" sekadar hendak memanjangkan perbualan. Kerana kawasan itu bukan kawasan laluan teksi.

"Saya dari Baling, Kedah. Mulanya rancang nak ikut highway balik ke Kuala Kangsar. Tapi kawan-kawan report ada kemalangan dan jem teruk, sampai di simpang Kulim, jadi saya tiada pilihan, saya ambil jalan rentas kampung melalui Selama ikut laluan sini."

Ya Allah. DIA 'melencongkan' teksi itu untuk kemudahan kami - HAMBA NYA.

Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah.

Saya bersyukur sangat. Saya terasa Maha Agung Dia merancang segala kemudahan untuk hamba NYA.

Ya, wanita itu adalah hamba NYA yang paling baik. Dalam apa jua keadaan terus melafazkan Selawat dan bergantung harap sepenuhnya kepada Allah.

.
.

Abang Long.
Semakin yakin, SELAWAT adalah pemudah cara kehidupan.

No comments:

Post a Comment