Saturday, September 1, 2018

Ziarah Pokemon Go.

Ziarah Pokemon Go.
"Dia tu ayah saudara saya .." tiba-tiba semua orang terkunci mulut.

.
.

Sewaktu saya dan sahabat saya mengambil tempat duduk di sebuah meja makan. Sementara menantikan waktu melawat tiba. Terdapat sekumpulan orang ramai yang rancak berbual.

Sedang rancak berbual, tiba-tiba seseorang bertanya. "Eh, mana anak engkau?"

"Tu ..." seorang wanita menunjukkan ke arah beberapa orang kanak-kanak yang sedang leka bermain gajet.

"Pokemon?" tanya seorang lagi.

Wanita itu memanggil anaknya. "Sham, Sham main apa tu?"

"Pokemon mak!" jawab anaknya lancar.

(Maaf. Sekali lagi saya terasa pendengaran saya agak terganggu - saya seperti mendengar orang mencarut!).

Sedang saya menghirup air barli panas. Tiba-tiba perbualan mereka bertukar topik.

Kedengaran yang mereka mempertikai pandangan Mufti yang mengeluarkan pandangan berhubung isu itu.

Saya dan sahabat saya 'pasang telinga'.

Kami langsung tidak berbual.

Ada yang mempertikai, ada yang memperlekeh dan paling dahsyat, ada yang menuduh Mufti tidak mengikuti perkembangan minda rakyat Malaysia.

Menariknya, dalam ramai-ramai yang seronok bercakap itu, kelihatan seorang remaja yang wajahnya agak muram.

Remaja itu duduk hanya selang seorang dengan sahabat saya.

Tiba-tiba remaja itu seperti tidak keruan. Akhirnya dia bercakap kepada orang yang sedang berbual itu.

"Kenapa abang dengan kakak nak mengutuk orang? kalau tak puas hati, kenapa tak jumpa terus dengan Mufti, tanya depan-depan."

Semua orang terdiam.

"Kalau nak jumpa, saya boleh tanya terus ... dia ayah saudara saya." remaja itu menyambung.

Semua mulut terkunci.

Saya dan sahabat saya menyudahkan minuman kami yang bersisa kerana waktu melawat telah tiba.

.
.

Bukan payah nak jumpa Mufti. Dia banyak mengajar di masjid seluruh Wilayah Persekutuan.

Jumpa, tanya, bincang dan berhujjah dengan penuh adab dan sopan.

Itukan budaya orang Melayu.

Tugas ahli agama ialah menarik manusia ke dalam syurga NYA.

.
.

Abang Long.
Bermain juga ibadah. ALLAH suka muslim yang sihat.

No comments:

Post a Comment