Saturday, September 1, 2018

Jeket busuk penyelamat.

Jeket busuk penyelamat.
"Jom kita minum..." ajak si suami bersungguh.
.
.

Satu perkara yang ramai terlepas pandang apabila mendapatkan rawatan di hospital, terutamanya yang terpaksa berurusan di Bahagian Kecemasan & Trauma.

Suhu sejuk ! terutama selepas jam 11 malam.

Semalam, sekali lagi saya bertemu dengan keluarga pesakit yang menderita sakit dan ditambah dengan menderita kesejukan.

Saya memang dari awal telah bersedia dengan baju sejuk atau sweater, tuala besar dan bantal kecil.

Memang kita perlu menunggu lama di bahagian itu, kerana Doktor dan pakar perubatan terpaksa memberikan keutamaan kepada kes-kes kritikal.

Dihadapan saya, ada sebuah keluarga yang agak malang. Kedua-dua anaknya sakit.

Seorang kena flu, dan seorang lagi demam yang agak panas.

Ditambah dengan pendingin hawa yang agak kuat.

Kedua-duanya menggiggil demam + sejuk.

Saya pandang keliling, mencari idea untuk membantu mereka.

Ya, bayangkan kalau anak sendiri berada dalam keadaan begitu.

Saya menyapa si ayah. Dan terus menyerahkan tuala tebal yang saya bawa, anak yang kena flu dibaringkan, dilapikkan dengan bantal kecil.

Ucapan terima kasih tidak berhenti-henti diucapkan.

Saya pandang keliling. Mencari sesuatu yang berguna untuk membalut tubuh si anak yang demam dan sedang menggigil.

Tiba-tiba saya terfikir sesuatu - jeket.

Saya tanggalkan jeket yang saya pakai, ya Allah, memang ada berbau hapak sedikit.

Tetapi jika itu boleh menyelamatkan seorang pesakit kecil.

Saya balut tubuh si kecil. Tidak sampai seminit, si kecil diam dan terus tertidur.

Saya pula yang kesejukan bukan kepalang!

Melihat nombor giliran, memang jauh lagi.

Baru sahaja saya hendak duduk, tiba-tiba si ayah mengajak saya untuk minum.

"Jom kita minum ..." ajak si ayah bersungguh-sungguh.

Tiada pilihan. Lagipun kantin tidak sesejuk bahagian kecemasan.

Dengan Horlicks panas, perut terasa sedikit lega.

Saya tidak sedar, memang saya langsung tidak perasan, bagaimana saya boleh tertidur di kantin.

Tiba-tiba sahaja si ayah kanak-kanak itu menggerakkan tubuh saya.

"Saudara, saudara ... nombor giliran saudara dah sampai ... "

Saya bangun sambil mata terpisat-pisat.

"Terima kasih ya, kami nak balik dah ... moga Allah bantu saudara pula kerana saudara banyak membantu kami." luah si isteri sambil menyerahkan kembali tuala, sweater dan bantal kecil kepada saya.

Nombor giliran pada skrin berbunyi bertalu-talu.

"Ya Allah, pukul 4 pagi ..."

Dan saya terus berlari menuju bilik Doktor.

.
.
.
Sekadar pesanan: Apabila perlu ke hospital bahagian kecemasan. Perlu bersabar menunggu nombor giliran.

Dan paling utama. Bawa pakaian tebal, tuala besar, bantal kecil dan air mineral.

.
.

Abang Long.
DOAkan orang lain yang sakit, inysaAllah, itu juga terapi berkesan.

#ADR2

No comments:

Post a Comment