Saturday, September 1, 2018

Godaan isteri orang.

Godaan isteri orang.
"Abang Long, jomlah ..." disertai suara mengilai dihujung talian.

.
.
Syukur. Alhamdulillah. ALLAH. Nikmatnya.

Segala kalimah yang baik, menggambarkan keseronokan, kebahagiaan dan keterujaan apabila para sahabat mengirimkan mesej gembira.

Begitu juga dengan pelanggan dan para sahabat yang menghubungi saya. Ada yang bercakap macam orang kena loteri jutaan ringgit. Ada yang macam histeria. Ada yang bercakap macam orang nak menangis. Dan ada yang bercakap dalam keadaan menangis tersedu-sedan.

Tetapi, ada seorang yang bercakap begitu menggoda.

"Abang Long, jomlah ..." disertai suara mengilai dihujung talian.

Bila saya menulis begini, sudah tentu ramai yang membayangkan yang bukan-bukan, bukan ?

Sebenrnya, itulah ekspresi seorang pelanggan / penderma / penyumbang program Juadah Berbuka, baru-baru ini.

Mulanya, ayat pertama: "Abang Long, maaf sesangat ... kalau saya nak sumbang RM5, boleh tak?"

Saya jawab: "Boleh, amat dialu-alukan."

Selepas beberapa hari, orang yang sama menghubungi saya: "Abang Long, kalau saya nak sponsor RM100, abang long boleh uruskan?"

Saya jawab: "Boleh, amat dialu-alukan."

Beberapa malam lepas. Orang yang sama menghubungi saya. Kali ini suaranya begitu menggoda.

Hanya gelak ketawa yang menghiasi perbualan kami.

"Habis tu, suami puan nak rujuk semula?"

Begitulah kisah seorang wanita yang telah bercerai dengan suaminya. Hampir 1 tahun.

Wanita itu cuba menjaga perkahwinannya, tetapi gagal.

Wanita itu kerap membaca tulisan saya berhubung sedekah. Dia hanya faham tentang konsep sedekah ialah bertambah rezeki.

Tetapi, dia langsung tidak menyangka dengan bersedekah, akhirnya Allah memakbulkan doanya untuk rujuk semula.

"Abang long nak bercakap dengan suami saya ...?"

"Boleh." saya menjawab ringkas.

Si suami mengucapkan terima kasih kepada saya, menyebabkan saya pula yang tergamam.

"Er ... sebenarnya saya tak buat apa-apa pun ... " saya menjelaskan duduk perkara sebenar.

"Sebenarnya, masuk minggu pertama puasa, saya kerap teringat dosa saya kepada isteri ... akhirnya saya buat istikharah sungguh-sungguh. Saya juga bersedekah. ALLAH. Rindu kepada dia begitu sarat ... abang long, dialah syurga saya." jelas si suami dalam nada pilu.

https://www.youtube.com/watch?v=Pzxjlhi_Z5M&index=11&list=PLYQDHZDNtErSVRzKIL-pRqm6U8kZblR8e

"Abang long ... boleh kita jumpa? kita makan dengan keluarga masing-masing?" sambung si suami gembira.

No comments:

Post a Comment