Saturday, September 1, 2018

Hujan Roti.

Hujan Roti.
"Saya mau kasi ringan saya punya motor." ramai yang hanya mampu menggelengkan kepala.

.
.

Sebaik sahaja saya masuk ke dalam kawasan stesen minyak. Hujan pun turun dengan selebat-lebatnya, disertai angin yang bertiup seumpama puting beliung.

Kebetulan pula, memang saya perlu berhenti untuk mengisi minyak motor.

Hujan lebat disertai angin yang kuat menyebabkan ada dikalangan pelanggan yang membawa anak-anak kecil telah masuk ke dalam kedai untuk berlindung dari terkena tempias hujan.

Usai mengisi petrol, saya juga turut berdiri di tepi bangunan, bagi mengelakkan diri dari rembesan hujan.

Namun, mata kami tertancap pada seorang penjual roti yang begitu gigih berusaha untuk mengepam angin pada tayar motornya yang kelihatan pancit.

Setiap kali lepas mengepam menggunakan alat mengepam yang dimilikinya. Beliau akan menggelengkan kepala.

Bangun seketika, dan pam lagi, berulang kali.

Akhirnya dia menyerah kalah.

Wajahnya berkerut seribu.

Dia pandang keliling.

Hujan semakin reda.

Penjual roti itu membuka ikatan beberapa biji roti yang tergantung pada kotak roti di atas motornya.

Lalu dia memberikan roti itu kepada beberapa orang kanak-kanak dan orang dewasa yang menunggu hujan berhenti.

Semua mata memandangnya dengan seribu persoalan.

Dibukanya lagi ikatan roti, dan diserahkan kepada beberapa orang lain.

Akhirnya roti semakin sedikit yang terikat pada kotak simpanan.

Penjual roti itu mendatangi saya. Diserahkan sebiji roti kosong. "Maaf ya, ini roti kosong saja, ini roti semalam, tapi masih baik, masih boleh makan ..."

Seorang sahabat agak kehairanan dengan sikap pemurah penjual roti itu terus bertanya.

"Bhai, banyak baik hati, kenapa Bhai kasi roti percuma hari ini?"

Penjual roti itu pada mulanya tertawa kecil, akhirnya membuka rahsia.

"Saya sebenarnya mahu kasi ringan saya punya motor, tayar sudah pancit, tak boleh pam lagi ... kalau ringan saya ada senang sikit mau tolak saya punya motor pergi kedai motor..."

"Ooohhh ..." baru kami faham kisah sebenarnya.

.
.

Abang Long.
Elak hujan dapat roti percuma.

#ADR2

No comments:

Post a Comment