Sunday, September 2, 2018

Hukum biar terang.

"Tangan saya memang disitu waktu itu ..." merah wajah remaja itu.

Bab hukum wajib difahami.

Nasib baik saya berdua sahaja dengan seorang ustaz tua. Kami bersembang di luar pagar masjid.

Datang seorang lelaki remaja. Perlahan menghampiri kami.

Salam diberi dan dijawab dengan penuh kemesraan.

Remaja itu kelihatan teragak-agak untuk berkata sesuatu. Tetapi, sebagai seorang ustaz yang sudah puluhan tahun mengajar bab fekah dan bersuci, serta berpengalaman dalam berhadadapan dengan pelbagai persoalan.

Ustaz tua terus menyentuh bahu remaja itu dengan lembut. Seolah-olah mengerti perasaan remaja itu yang berkemungkinan ada perkara yang hendak diajukan.

"Ustaz ... errr."

Senyuman ustaz tua melunturkan rasa malu remaja itu.

Dan barulah diketahui persoalan yang terbenam dalam benak remaja itu.

Kisahnya. Selepas remaja itu menunaikan solat Subuh. Tertidur dalam kepenatan.

Baru pulang dari kerja shif malam.

Bermimpi melakukan hubungan seks. Dan. Waktu itu, kebetulan tangannya sedang memegang kemaluannya.

Lalu, terpancar air mani.

Tabik hormat pada ustaz tua. Dia mendengar dengan penuh teliti. Hanya mengangguk.

"Tidak mengapa, itu rezeki kamu bermimpi yang indah. Puasa tidak batal. Teruskan puasa ya."

Remaja itu terus bersalam dan mencium tangan ustaz tua dan terus berlalu pergi dengan rasa lega.

Ya, bagi sesiapa sahaja yang mempunyai anak lelaki. Perkara ini boleh sahaja berlaku kepada anak anda.

Tidak perlu malu. Berikan penerangan yang tepat.

Usah bersikap sinis.

Atau cuba memperkatakan sesuatu yang memalukan atau menjatuhkan aib.

.
.

Abang Long.
Mengharapkan bermimpi bertemu Rasulullah.

.
.

Program Sedekah DADIH Sebagai Juadah Berbuka untuk golongan asnaf telah bermula.

No comments:

Post a Comment