Saturday, September 1, 2018

Tergamam selepas tersilap.

Tergamam selepas tersilap.
"Memang silap bagi .. memang rasa menyesal." seketika si gadis tertawa.

.
.

Kebiasaannya, penderma atau penyumbang akan hanya memberikan butiran kemasukan wang sumbangan. Itu sahaja sudah memadai.

Namun, saya juga suka sekiranya penderma program mengirimkan bersama slip bank sebagai bukti.

Tetapi, penderma akan menutup butiran jumlah BAKI DALAM SIMPANAN mereka.

Beberapa hari lepas, saya perasan sesuatu.

Seorang penderma telah memasukkan sejumlah RM300 ke dalam akaun saya untuk menyertai program Sumbangan Juadah Berbuka.

Dan saya telah melihat baki akaunnya: RM1.25.

Saya diam. Saya hanya mendoakan semoga penderma itu diberikan balasan atas amalnya itu berkali ganda oleh Allah.

Selang beberapa hari. Saya menerima panggilan dari seorang gadis, Cik X.

Mulanya memang saya tidak menjawab panggilan itu.

Maklumlah, kami sedang menantikan azan Maghrib untuk berbuka.

Panggilan bertalu-talu. Dari nombor yang sama.

Sejujurnya, ia agak mengganggu waktu kami sedang menikmati juadah.

Usai solat Maghrib. Si pemanggil menghubungi saya lagi.

Dengan suara ala-ala-macho. Saya menjawab panggilan itu.

"Abang long, eh assalamu'alaikum abang long." suara si gadis seperti terkinja-kinja keseronokan dihujung talian.

Sebaik salam dijawab. Si gadis terus menceritakan sesuatu yang amat menggembirakannya.

"Memang betul bang, memang silap bagi .. memang rasa menyesal." seketika si gadis tertawa.

Rupa-rupanya, si gadis telah tersilap sewaktu memberikan sumbangan derma.

Sepatutnya dia menekan RM30 sahaja. Tetapi disebabkan keadaan kelam kabut, dia tertekan RM300.

Dan perkara itu hanya disedari setelah hendak tidur malam.

"Nak minta balik rasa malu ..." akui si gadis.

"Hp saya pula habis kredit! aduh sengsaranya ..."

Keesokan petangnya, si gadis menerima panggilan dari abangnya yang menetap di Johor.

"Abang saya cakap, yang dia dapat offer kerja di sebuah syarikat di Singapura, itu ok lagi. Tiba-tiba dia kata, bos dia nak seorang perempuan Melayu untuk handle pelanggan yang nak ke Eropah ... abang long, waktu tu saya terus menjerit!"

"Sat, sat, sat, sat ... itu baru tanya untuk interview, kan?" saya sekadar menduga si gadis.

"No interview ... terus kerja. Itupun mereka nak cari lagi perempuan Melayu ... " jelas si gadis.

"Abang ... selama ini saya selalu baca tulisan abang. Tapi , kali ini saya sendiri yang dapat. Allah."

Dan si gadis terus bercakap dengan begitu teruja sekali.

Saya terpaksa meminta untuk menghentikan perbualan kerana azan Isyak telah berkumandang.

.
.

Abang Long.
Perasan sesuatu. Bila gembira, mereka panggil saya ABANG.

No comments:

Post a Comment