Saturday, September 1, 2018

MALU.

MALU.
"Tak tahu nak letak muka dimana ..." bila ada yang bertanya soalan cinta.

.
.

ALHAMDULILLAH, hari ini berkesempatan untuk berkunjung dan meraikan bersama sambutan Hari Raya Eidul Fitri di Pertubuhan Kebajikan BAITUL FIQH.

Dan, alhamdulillah. Saya telah menyempurnakan amanah untuk menjamu dadih kepada golongan anak-anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal.

Termasuk para tetamu.

Sebanyak 300 cawan dadih telah disediakan untuk majlis pada hari ini.

Dengan pelbagai juadah yang enak-enak seperti Char Kuey Tiaw, sate ikan, apam balik, nasi lemak, bee hoon sup, mee sup, dan pelbagai jenis kuih-muih raya.

Cendol, teh tarik, fresh oren penghilang dahaga.

.
.

Semuanya sedap.
Semuanya membahagiakan.
Semuanya menggembirakan.

.
.

Dalam kesempatan melayan tetamu yang datang. Beberapa sapaan menyebabkan saya menjadi malu.

"Bang, dia nilah yang menulis buku tu ..."
"Bang, perkenalkan Abang Long, yang menulis buku ..."
"Eh, bila buku ke 2 nak keluar?"
"Awak yang jadi penulis buku ...?"
"Buku ke 2 awak dah keluar, kan?"

.
.

Saya tergamam. Saya terpana. Saya termalu !

"Tak tahu nak letak muka dimana ..." itu yang saya rasa.

.
.

Abang Long.
InsyaAllah. Itu sahaja jawapan yang saya ada.

#ADR2

No comments:

Post a Comment