Saturday, September 1, 2018

Kongsi pahala.

Kongsi Pahala.
"Kita hantar dadih tu sama-sama... " pujuk ustaz berkali-kali.

.
.

Dalam perjalanan untuk menghantar dadih ke sebuah Rumah Anak-Anak Yatim Pertubuhan Nur Kasih, saya singgah di sebuah gerai menjual minuman.

Bahang mentari sudah tidak tertahan. Tekak kekeringan.

Terserempak dengan ustaz tua yang mengajar di surau berhampiran rumah saya.

Kami bersalaman dan saya mencium tangannya agak lama.

"Nak pergi mana ni?" wajahnya berkerut seribu.

Saya memuncungkan bibir, menghala ke motor saya. "Nak hantar dadih."

"Kamu dah sihat kah?" sambil ustaz tua mengusap bahu saya penuh kasih sayang.

Saya tidak menjawab.

Seketika saya tergamam apabila ustaz tua membayar harga minuman saya.

"Dah, dah, dah ... jom ikut saya!" ustaz tua menarik tangan saya.

Saya pula terpinga-pinga. "Nak kemana?"

"Kita hantar dadih tu sama-sama ... muka kamu tu pucat .. bimbang pula saya tengok."

Saya menolak dengan baik pelawaan ustaz. Setelah beberapa kali berlaku adegan tarik tolak. Akhirnya ustaz tua terpaksa mengalah.

Saya segera menghidupkan enjin motor. Setelah memberi salam, saya terus bergerak meninggalkan ustaz yang masih memandang saya yang terus menjauh.

Setelah menyempurnakan amanah dengan penyerahan dadih itu. Saya segera pulang.

Sewaktu dalam perjalanan pulang, terasa seperti 'angin puting beliung' sedang mara ke arah saya.

Saya terus melaungkan azan.

.
.

Alhamdulilah, hari ini saya berjaya menghantar dadih ke Karangkraf untuk peserta kursus penulisan. Dengan diiringi beberapa orang 'body guard.'

Sejujurnya saya berasa sedih yang teramat sangat kerana tidak dapat bersama para sahabat. Saya juga lapar ilmu.

.
.

Abang Long.
Zikir Adalah Ubat Pelali.

#ADR2

No comments:

Post a Comment