Sunday, September 2, 2018

Sedekah dengan ber-whatsApp.

Sedekah dengan ber-whatsApp.
"saya memang tak boleh bercakap."
.
.

Mulanya saya menerima whatsApp dari seseorang, meminta supaya saya menghantar dadih ke rumahnya dan kemudian menghantar ke sebuah madrasah.

Saya menjawab balik yang saya akan uruskan sebaiknya.

Tiba pada hari yang dijanjikan. Saya bertanyakan alamat rumahnya. Dan saya diberikan alamat lengkap rumah pelanggan tersebut.

Sejujurnya memang saya agak sesat barat menuju rumah pelanggan itu, maklumlah itu bukan lokasi yang sering saya pergi.

Saya membuat panggilan. Bukan sekali, tetapi berpuluh kali.

Panggilan tidak berjawab. Tetapi dengan whatsApp, laju sahaja pelanggan itu menjawab.

'Bisu ke orang ni?' gumam saya sendirian.

Jadi kaedahnya. Kami hanya ber-whatsApp sahaja.

Sehinggalah saya jumpa rumah pelanggan itu.

Fuh, tinggal 30 minit lagi waktu bersungkai.

Loceng pada pagar hadapan ditekan berkali-kali. Tiada jawapan dari pemilik rumah.

Akhirnya saya mendapat mesej sekali lagi.

"Tuan, maaf ya, saya memang tak boleh bercakap. Tuan sangkutkan dadih tu kat pagar. Tak ada siapa dalam rumah. Bayarannya sekejap je akan sampai."

Tiba-tiba ada orang memberi salam.

Saya menjawab salam dan menoleh ke belakang.

Seorang wanita menghampiri saya.

"Tuan hantar dadih, ya?" tanya wanita itu dengan ramah.

Saya mengangguk.

Dan wanita itu terus menghulurkan sejumlah wang.

"Tuan rumah dalam perjalanan balik, ni wangnya."

Saya mengambil dan mengira jumlahnya, alhamdulillah cukup.

"Puan, tuan rumah ni rajin benar ber-whatsApp ya, saya call pun dia tak jawab." saya sekadar meluahkan rasa hati.

Wanita itu tertawa kecil.

"Memang dia tak boleh jawab call, dia bisu. Tapi orangnya baik sangat, suka bersedekah." jelas wanita itu lagi.

"Seperkara lagi ... pemilik rumah ini bukan lelaki, tapi seorang gadis." wanita itu mendedahkan identiti pelanggan saya itu.

Saya ternganga. Hanya mampu mengangguk.

Selesai urusan, saya terus memohon diri untuk pulang. Merempit bak halilintar kerana tidak sampai 10 minit, saya sampai rumah.

.
.

Abang Long.
Nasib baik meter motor rosak.

No comments:

Post a Comment