Saturday, September 1, 2018

Hutang & Sedekah.

Hutang & Sedekah.
"Saya rasa macam berada di atas awan ... sungguh!" sambil dia mengetap giginya.

.
.

Hampir setahun yang lalu, seorang sahabat datang ke rumah. Dalam keadaan malu-malu dia memohon maaf kerana tidak dapat melunaskan hutangnya dengan saya.

Bukannya banyak RM50 sahaja.

Tetapi, disebabkan dia datang dengan baik. Bercakap cara baik. Saya memahami kesusahannya.

Saya berterus-terang dengan sahabat saya itu. "Begini, kalau engkau boleh bayar, dan nak bayar, aku terima. Tetapi, jika engkau memang tak mampu, aku halalkan. Demi Allah, aku halalkan. Tidak ada hutang diantara kita. Tetapi. Dengan satu syarat. Tolong doakan semoga aku kembali sihat. Itu sahaja."

Dan sahabat saya mengangguk. Tanda setuju. Kami bersalaman erat.

Petang semalam, dia datang sekali lagi. Kali ini wajahnya benar-benar berubah.

Senyuman terukir dibibirnya.

Tidak sempat saya hendak mengajaknya masuk ke dalam rumah. Terus dia menolak. Ada urusan lain katanya.

"Abang ... kalau saya cerita confirm abang tak percaya ..." dia memulakan bicara.

"Eh, macam mana engkau boleh kata aku tak percaya, engkau belum cerita lagi ... sedangkan cerita hantu pun aku percaya."

Dia ketawa mengekek-ngekek.

Ramai sahabat yang pernah bertemu dan kenal rapat dengan saya amat mengetahui yang saya bukan seorang yang sentiasa serius.

Saya paling suka bergurau dan menyakat sesiapa sahaja.

Hanya status tulisan saya sahaja banyak yang serius dan sedih.

Lalu dikisahkan apa yang berlaku selama beberapa bulan ini.

"Saya memulakan bisnes jual air soya. Boleh dikatakan, tiap hari air soya tak habis. Kemudian, masuk minggu kedua, saya niat dan nekad. Setiap keuntungan saya akan kumpul untuk bayar hutang. Saya terus merayu kepada Allah. Ya Allah, aku nak bayar hutang tapi aku tak mampu..."

Tiba-tiba sahabat saya sebak. Dia memandang ke arah lain.

"Masuk minggu kedua. Hujan turun selebat-lebatnya. Tapi bang ... terpulang kepada abang nak percaya atau tidak ... segala kereta, van dan lori, semuanya berhenti dan ramai orang yang beli air soya saya. Ya Allah, memang saya menggigil, bukan sebab sejuk, tapi ... saya berniaga dengan seorang anak jiran, kami jadi kelam kabut. Orang terlampau ramai yang singgah."

"Saya jahil, dulu saya tak percaya, tapi Allah dah tunjukkan."

Dia mengakhiri kisahnya dengan wajah yang merah. Gembira dan sangat bersyukur.

"Sekarang, saya rasa macam berada di atas awan ... sungguh!" sambil dia mengetap giginya.

Dia terus menghulurkan bayaran hutang kepada saya - selesai.

Sekali lagi dia menghulurkan sejumlah wang. "Ini untuk persiapan raya anak-anak abang."

Saya hanya mengangguk rasa terharu.

"Dan ini untuk projek juadah berbuka."

Sekali lagi saya terima dengan penuh kesyukuran.

"Boleh abang tanya sikit ... berapa jumlah hutang kamu yang belum bayar dengan orang lain?"

"Alhamdulillah, RM4 K. Dan semuanya dah habis bayar.."

Saya terus mengangguk.

"InsyaAllah, saya nak sponsor belanja emak saya ke Mekah tahun ini."

ALLAH. ALLAH. ALLAH.

Bukan sahaja bersedekah menjadi pembuka rezeki yang tidak bertepi. Malah, membayar hutang juga adalah satu punca pintu rezeki terbuka luas.

.
.

Abang Long.
Saya pun tanggung banyak hutang. Siapa nak tahu boleh PM.

#ADR2

No comments:

Post a Comment