Saturday, September 1, 2018

Spender.

Spender.
"Seluar dalam pakcik saiz apa?" tanya petugas kaunter.

.
.

Tolong jangan ketawa. Ini bukan cerita lucah. Lagipun, ada sesiapa yang tak pernah pakai seluar dalam ?

Seluar dalam adalah keperluan.

Di dalam sebuah pasaraya yang menjual pakaian. Saya sedang membelek pelbagai jenis seluar dalam.

Sewaktu saya sedang meneliti satu persatu seluar dalam yang di peragakan di rak.

Beberapa orang pelanggan lain turut berlegar di kawasan yang sama.

Jenama. Saiz. Warna. Keperluan. Keinginan.

Semuanya dalam perhitungan.

Semuanya serius.

"Abang, yang ini bagus." seorang isteri mengunjukkan satu jenama kepada suaminya.

"Tak nak lah ... bila berpeluh kang, gatal kat situ..." jawab si suami.

Saya tertawa dalam hati.

Tidak lama. Setelah berpuas hati dengan pilihan saya. Saya terus beredar dari situ.

Saya melihat pula bahagian lain dalam pasaraya itu. Mencari stoking sekolah untuk anak saya.

Setelah mendapat yang dicari, saya terus ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Sewaktu petugas kaunter mengambil kotak yang berisi seluar dalam. Tiba-tiba seorang lelaki menyergah saya.

"Awak ni buta kah? main ambil je hak orang lain!?" wajahnya merah kerana marah yang teramat sangat.

Saya jadi terpinga-pinga.

Lalu dirampasnya kotak itu dari tangan saya.

"Tuan, itu saya punya." saya menerangkan dengan baik kepada lelaki itu.

"Saya yang letak disini dari tadi, saya tahulah!" sungguh kasar lelaki itu menjawab. Suaranya meninggi.

Saya terkelu lidah untuk membalas balik.

"Seluar dalam pakcik saiz apa?" tanya petugas kaunter bertujuan untuk menyelesaikan pertelingkahan.

Tidak sempat lelaki itu menjawab, tiba-tiba seorang wanita memintas. "Abang, ini ha seluar dalam abang, tadi saya ambil balik dari kaunter, saya tukar kotak, saya tak suka warna tadi, terang sangat ...!"

Lelaki itu terpempan, dia terpinga-pinga, menahan malu, tetapi demi untuk menjaga maruahnya yang telah tercalar, dia terus mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Awak bayarkan, saya nak call anak kita, dia orang tu belum makan apa-apa pun lagi dari siang tadi." dan lelaki itu terus beredar dari situ.

"Oh, saiz XXL." si gadis petugas kaunter melihat pada kotak seluar dalam itu.

Lelaki tadi terus ghaib dari pandangan.

Saya memandang isteri lelaki itu. Kami berbalas senyuman.

Sejarah untuk kami.

Suatu pengajaran yang baik. Sekiranya lelaki itu bersikap kool, bertenang. Bertanya dengan baik dan berhikmah. Tidak ada siapa yang akan malu.
.
.

Abang Long.
Teringat pada gelandangan yang memakai seluar dalam koyak rabak.

#ADR2
#PerangiPlagiat

No comments:

Post a Comment