Saturday, September 1, 2018

Gantikan yang pecah.

"Tak pe saya gantikan yang pecah." seorang peniaga menawarkan ganti rugi. Saya terpinga-pinga.

Sewaktu saya keluar dari sebuah bank. Orang ramai kelihatan sedang membeli juadah berbuka puasa di sepanjang laluan yang dikhaskan.

Sambil berjalan perlahan, menyusuri deretan gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Hawa nafsu meronta untuk membeli juadah yang disediakan.

Sekilas saya melihat seorang kanak-kanak sedang memasukkan duit derma ke dalam tabung yang diletakkan ditengah-tengah kesibukan laluan pejalan kaki.

Peminta sedekah boleh tahan juga tahun ini, di kampong saya.

Samada mereka benar-benar susah ataupun tidak, itu urusan mereka dengan tuhan.

Urusan kita, bila sudah bersedekah dengan ikhlas, ganjarannya hanya Allah yang menentukan.

Saya terus berjalan menuju ke arah motor yang diparkir tidak jauh dari situ.

Saya berjalan dibelakang kanak-kanak itu yang sedang bersama ayah dan ibunya.

Tiba-tiba kanak-kanak itu tersilap langkah di atas benteng pembahagi jalan.

Dia tersungkur, dan air dalam bungkusan plastik yang dibelinya jatuh dan terus pecah.

"Allah!" suara orang ramai yang melihat kejadian itu yang terkejut dengan apa yang berlaku.

Ayahnya menerpa mengambil anaknya.

Beberapa orang berlari mengerumuni si kecil itu.

Orang ramai bimbang jika berlaku kejadian tidak diingini, kerana semua kenderaan sedang bergerak bertali arus.

Kedua-dua suami isteri itu hanya tersenyum. Langsung tidak menyalahkan sesiapa.

Suami tidak menyalahkan isteri.
Isteri pun tidak menyalahkan suami.

Satu sifat terpuji !

Hanya kedengaran mereka bersyukur kerana tidak mengalami musibah yang teruk.

Muka si kecil itu kelihatan berdarah sedikit.

Tiba-tiba, datang seorang lelaki penjual air minuman, diserahkan sebungkus air.

"Kesian budak ni ... saya nampak tadi dia jinjit air ... nah ambil, pakcik belanja ... air mangga."

"Eh, tak pe, tak pe ... " kedua-dua suami isteri itu tergamam dengan sikap peniaga itu.

"Tak pe saya gantikan yang pecah." seorang peniaga menawarkan ganti rugi. Saya turut terpinga-pinga.

Mereka sekeluarga tidak mampu menolak pemberian peniaga air itu. Hanya ucapan terima kasih yang mampu diucapkan.

Sewaktu saya berdiri di sebelah motor saya, sambil memakai jaket. Terdengar wanita itu bercakap dengan suaminya. "Macam mana tadi kita pusing berapa kali, tak jumpa gerai jual air mangga ?"

Si suami hanya tersenyum dan menggelengkan kepala, sambil meletakkan anaknya dibahagian hadapan raga motor.

.
.

Abang Long.
DADIH tak jual di PARAM? saya cuma diam.

No comments:

Post a Comment