Saturday, September 1, 2018

Gelandangan yang prihatin.

Gelandangan yang prihatin.
"Perempuan masjid kasi ..." dan dia berhenti bercakap.
.
.

Sebaik melangkah keluar dari Pejabat POS, saya terlihat seorang lelaki India. Beragama Hindu.

Beliau merupakan seorang gelandangan.

Kelihatan sedang enak makan di tepi laluan pejalan kaki pada deretan kedai.

Pandangan saya tertancap ke arah cawan dadih.

Saya berhenti dan melihat ke arahnya. Lelaki India warga emas itu terus makan dadih dengan lahapnya.

Entah kenapa, saya tergerak hati untuk mendekatinya.

Saya melihat ada beberapa cawan dadih disisinya. Ada yang telah kosong, dan ada yang masih berisi.

Sejujurnya, gerak hati saya merasakan yang dadih itu seperti dadih yang kami buat.

"Aya, mana aya dapat ini jeli (dadih)?" saya bertanya sambil menyantuninya.

"Ayo ... ini bukan jeli ... ini dadih, awak ada pernah makan ka?" tanya lelaki India itu pula.

Saya pula rasa bersalah. Saya angguk, tidak mahu berbalah.

"Mana aya dapat ini dadih?"

Lelaki India itu tertawa kecil.

Dia memandang saya tanpa berkelip. Mulutnya ternganga.

"Semalam, pagi, saya kasi itu anjing sikit juga roti ... kesian, dia pun mau makan juga."

Saya hanya mendengar.

"Semalam petang, boka posa punya jam ... ada itu perempuan masjid punya orang kasi hantar ini dadih sama saya... ini tuhan Alla sayang sama saya..." dan lelaki India itu berhenti bercakap.

Dia buka secawan lagi dadih.

Kali ini dia makan dengan agak perlahan. Mungkin disebabkan dia sudah hampir kekenyangan.

Saya mohon izin lelaki India itu untuk melihat bekas cawan dadih. Dan saya amat pasti dan yakin, itu adalah dadih yang kami proses. Dan dadih itu petang semalam saya telah serahkan kepada sebuah masjid berdekatan.

Berkemungkinan ada dikalangan umat Islam yang menjadi ahli jemaah masjid itu yang menghulurkan dadih itu kepada golongan gelandangan.

Moga dengan dadih itu akan menjadi jambatan dakwah kepada bukan Islam.

Sewaktu saya hendak beredar. Tiba-tiba lelaki India itu menghulurkan secawan dadih kepada saya.

"Incik ... angkat ini dadih ... boleh boka posa ini petang."

Tiba-tiba saya rasa sebak. Dalam keadaan dirinya yang tiada tempat tinggal, makanan tidak menentu, dia masih mahu menghulurkan sesuatu yang berharga kepada orang yang baru dia jumpa.

.
.

Abang Long.
Dadih untuk DAKWAH.

#ADR2

No comments:

Post a Comment