Saturday, September 1, 2018

Utamakan tetamu.

Utamakan tetamu.
"Anak saya diam ..." luah seorang ibu tunggal.

.
.

Memang saya agak tergamam mendengar luahan seorang ibu tunggal.

Beberapa hari sebelum, saya telah menghantar 10 cawan dadih ke rumahnya. Dengan anggaran, ibu tunggal dan anak-anaknya akan mendapat seorang 2 cawan.

Rupa-rupanya, rezeki dari Allah adalah untuk dinikmati olah ramai orang.

Rumahnya dikunjungi oleh sanak saudara. Penuh dan meriah suasana menyambut waktu berbuka.

"Saya dah bagi amaran pada anak-anak. Kita mesti utamakan tetamu... maka ... anak-anak saya hanya memandang sanak saudara menikmati dadih itu." luah si ibu tunggal itu.

"Kalau encik tak keberatan ... saya dapat 1, 2 cawan pun cukup... " rayu si ibu.

"InsyaAllah." saya menjawab ringkas.

Sememangnya ada bajet untuk mereka. Dan memang itu HAK mereka sebagai penerima Program Juadah Berbuka.

Seperti yang dijanjikan. Saya menghantar dadih ke rumah ibu tunggal itu. Kali ini, saya sengaja berikan lebih, kerana saya mengkagumi cara didikan ibu tunggal itu mendidik anaknya supaya - UTAMAKAN TETAMU.

Dan anak-anak itu PATUH kepada ajaran ibu mereka.

Si ibu tunggal itu tergamam dengan pemberian dadih sebanyak 20 cawan.

"Encik, banyak ni dadih, boleh dibuat makanan untuk sahur." ibu tunggal itu menerima dengan penuh keceriaan.

"Saya suka dengan cara puan mendidik anak-anak." sambil memuji saya melihat keletah anak-anaknya.

"Tak ada juga ... mereka nakal! tapi bila saya jegilkan mata, anak - anak saya diam ..." jelas ibu tunggal dengan tertawa kecil.

.
.

Abang Long.
Dadih adalah juadah mewah buat insan ini.

#ADR2

No comments:

Post a Comment