Saturday, September 1, 2018

Bantu Sahabat dengan LIKE.

Bantu Sahabat dengan LIKE.
"untuk promosi bisnes saya, tak ada lebih." saya diam membisu.
.
.

Saya ada beberapa orang sahabat FB. Mereka menjalankan bisnes kecil-kecilan dengan menjual pelbagai jenis produk.

Ada produk kesihatan. Ada produk makanan sunnah dan pelbagai lagi.

Dulu, ya lama dulu, mereka kerap tag saya bagi tujuan mempromosikan produk mereka.

Sejujurnya, saya merasa terganggu.

Pada mulanya saya telah berkira-kira untuk membuang mereka dari senarai sahabat FB saya.

Jiwa rasa terganggu, sungguh !

Lantas, saya mengambil keputusan paling harmoni. Saya utuskan mesej secara peribadi, memohon agar mereka tidak lagi tag saya untuk tujuan perniagaan.

Jawapan yang saya terima agak menghibakan.

"Tak pe lah abang long, saya pun silap juga selalu tag abang long, saya cuma hendak sedikit ruang dalam FB Abang Long untuk promosi bisnes saya, tak ada lebih, itu sahaja laluan rezeki saya. Maaf ya abang long."

Dan sejak itu, sahabat-sahabat saya tidak lagi tag saya.

Dan saya rasa gembira.

Tidak lama. Ya, tidak lama selepas itu.

Saya terbaca sesuatu yang menyedihkan.

Suami kepada sahabat saya telah diberhentikan kerja. Syarikat tempat suaminya bekerja telah ditutup.

Lebih malang lagi, anaknya telah dimasukkan ke dalam hospital, ditahan dalam wad kerana telah disahkan menghidap leukimia.

ALLAHU AKBAR. Ujian berat.

Sahabat saya terus menjual dalam kawasan hospital. Kakitangan hospital dan orang awam ada yang membeli produk jualan mereka.

Dia langsung tidak berkeluh kesah.

Rupa-rupanya, mereka suami isteri bertungkus-lumus mencari wang bagi perbelanjaan rawatan anak mereka.

Setiap kali posting tentang produk mereka. Tidak ada siapa pun yang LIKE.

Akhirnya. Saya termenung sendirian.

Banyak yang saya belajar dari FB. Tentang bisnes dalam FB. Tentang kepentingan LIKE.

Tentang konsep membantu sesama sahabat.
l
l
Sudahlah aku tidak membenarkan dia tag.
Sudahlah aku tidak membantu bisnes dia.
Sudahlah aku tidak menghulurkan bantuan disaat dia memerlukan.
Sudahlah aku tidak membeli produknya.
Sudahlah aku .... YA ALLAH, saya berasa amat bersalah.

Sejak itu, saya telah mengambil keputusan.

Siapa sahaja sahabat FB yang menyiarkan iklan produk atau bisnes mereka.

Maka, saya dengan senang hati akan KLIK LIKE.

Bukannya susah mana pun.

Orang yang memahami fungsi FB akan tahu, kenapa dan apa tujuan kita klik LIKE.

Ini juga akan membantu memanjangkan hayat bisnes para sahabat kita. Tidak perlu komen. Hanya klik LIKE.

Dan, kita turut sama memperkembangkan siaran promosi bisnes sahabat kita.

Mereka bukannya jutawan. Mereka hanya buat bisnes kecil-kecilan untuk sekadar hidup dan menampung mana yang lompong.

.
.

Abang Long.
Membuang halangan di atas jalan juga berpahala.

#ADR2

No comments:

Post a Comment