Saturday, September 1, 2018

Kanser.

Hanya senyuman dibibirnya.
"Kanser." jawabnya tenang. Kami pula yang gelabah.

.
.

Dua kali kami terserempak di majlis rumah terbuka. Kami hanya ketawa riang.

Dia datang bersama adik-beradiknya.

Satu keanehan. Si dia yang masih belum berkahwin, kerap memegang gelas air. Bila sedikit, ditambah lagi.

Saya menuju ke arah sebuah balang kaca yang berisi coklat. "Wow!" Coklat itu memang dari jenama yang mahal.

Saya ambil 2 biji. Saya serahkan kepada wanita itu.

Barulah dia buka pembalut dan makan coklat itu dengan begitu berselera.

"Eh, cik tak makan ? puasa malam ek?"

Wanita itu tersenyum. Kali ini dia memandang saya seperti hendak meluahkan sesuatu.

Sedang saya membelek telefon bimbit saya. Wanita itu duduk di sebelah saya. Dia menuang air sirap yang yang telah tersedia.

DIa menggenggam tisu.

Dia kelihatan gugup. Tanpa menunggu lama, dia meluahkan sesuatu.

"Sebenarnya, saya ada kanser. Sebab itulah saya memang memilih makanan."

Detik itu, saya terasa begitu payah hendak menelan coklat yang tersisa dalam mulut.

Saya terbeliak memandangnya.

Seorang sahabat saya turut tergamam.

"Awak ada kanser? ALLAH. Kanser apa? dah berapa lama?" bertubi-tubi soalan terpacul dari mulut sahabat saya.

Wanita itu memandang saya dan seketika dia menoleh memandang sahabat saya.

"Tak pe ... ini semua bahagian masing-masing. Kalau kita redha, kalau kita bersyukur, Allah tambahkan nikmatnya. Kalau tak dapat disini ... disana, confirm dapat." wanita itu menjawab begitu bersahaja.

Entah kenapa, tiba-tiba sahaja saya hilang selera untuk menikmati juadah yang disediakan.

Hanya saya mampu mendoakan supaya ALLAH meringankan beban ke atas sahabat saya itu. AMIN.

Dan saya pasti dan amat yakin dengan janji ALLAH.

Kalau tak dapat disini, disana, confirm kita dapat.

.
.

Abang Long.
Saya mendoakan segala kebaikan dan kesejahteraan untuk semua sahabat.

#ADR2

# 101 Menu Pesakit Kanser. Siapa yang mahu memiliki buku dibawah, boleh sms / whatsApp - 019 2254910.

Harga: RM38 + RM9 Kos POS LAJU.

No comments:

Post a Comment