Saturday, September 1, 2018

Pahala Ramadan.

Pahala Ramadan.
"Sampai menggigil..."

.
.

Beberapa orang sahabat bertanyakan samada program mereka masih boleh terus menghulurkan sumbangan untuk program Juadah Berbuka.

Saya berikan jawapan. Boleh, silakan.

Ditanya lagi. Tutup bila.

Tidak ada tutup.

InsyaAllah. Azan Maghrib hari ini, maka berakhirlah Ramadan dan bermulalah Syawal.

Maknanya, amalan sehingga Maghrib ini masih dikira amalan berganda untuk bulan Ramadan.

Tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian.

Sumbangan, derma, infak itu insyaAllah dikira dalam bulan Ramadan.

Tetapi, untuk sumbangan, derma dan infak yang saya terima hari ini akan dijadikan sebagai hadiah untuk semua program pada bulan Syawal.

Beberapa buah rumah anak-anak yatim, madrasah tahfiz telah bertanya samada penyumbang boleh menghulurkan sumbangan untuk program lebaram.

Saya jawab insyaAllah.

-
-

Minggu lepas, sewaktu menghantar dadih ke sebuah rumah asnaf fakir. Seorang lelaki, tuan rumah, telah bertanya samada saya boleh membantunya.

"Saya sudah 3 tahun tak balik beraya ... kalau dapat pinjam RM200. InsyaAllah, saya nak bawa famili balik kampung." Wajah lelaki itu sungguh muram.

Sejujurnya, saya terdiam.

Sedangkan hakikatnya, saya sendiri telah 4 tahun tidak pulang beraya disebabkan kesempitan hidup.

Tetapi, entah dari mana datangnya kekuatan. Terus sahaja meluncur ayat nasihat dari mulut saya.

"Tuan, begini saja. Tuan pergi ke masjid, sebelum azan Subuh, esok. Tuan masukkan semua wang yang tuan ada ke dalam tabung masiid, sambil berselawat. InsyaAllah ..."

Sungguh lelaki itu terpinga-pinga.

Saya terus beredar dari situ.

Petang semalam. Saya mendapat panggilan dari lelaki itu. Suaranya sungguh gembira.

"Saudara ... saya dah sampai kampong!"

ALLAHU RABBI.

Rupanya-rupanya kisahnya amat menyentuh hati.

Seorang sahabatnya telah datang ke rumah. Bertanyakan samada dia boleh membawa van ke Pulau Pinang. Membawa barang yang amat penting, untuk sebuah syarikat pengeksport.

Semua kakitangan syarikat telah bercuti.

Pihak syarikat tidak kisah dia hendak membawa bersama keluarga.

"Saya kena tunggu, hari Isnin minggu depan, saya kena pergi semula ke syarikat itu untuk membawa barang lain balik ke Klang."

"Saudara, saya rasa macam nak menangis. Sudahlah saya boleh bawa keluarga saya balik kampung, saya diberikan upah 2 kali ganda."

Tiba-tiba suara lelaki itu sebak.

Selama ini, lelaki itu amat jarang bersedekah. Bimbang tidak cukup duit untuk makan.

"Tuan masukkan berapa banyak ke dalam tabung masjid?"

"Semua yang ada dalam dompet ... sampai saya rasa menggigil." jawab lelaki itu sambil tertawa kecil.

.
.

Abang Long.
Pesan Tok Guru saya. Sewaktu memulakan perjalanan, berhenti di masjid dan bersedekah.

ADR2

No comments:

Post a Comment