Saturday, September 1, 2018

Mengilai raya.

Mengilai Raya.
"Siapa yang dengki sangat!?" saya hanya mendiamkan diri.

.
.

Tidak semua rumah yang kita ziarah sewaktu lebaran ahli keluarga berada didalam keadaan sihat sejahtera.

Ada juga diantaranya yang sakit, uzur dan sedang dilanda ujian atau musibah.

Apabila kita mengetahui ada diantara ahli keluarga tuan rumah yang sedang menderita sakit. Kita sedaya upaya menunjukkan simpati.

Terbaik sekali ialah kita mendoakan kesihatan dan kesejahteraan ahli keluarga malang itu.

Namun, agak terkilan juga apabila ada diantara tetamu yang terlalu banyak bertanya.

Seumpama pegawai penyiasat lagaknya.

Perlu difahami. Ada ketikanya soalan itu boleh menyebabkan terbuka aib seseorang.

Ada pula yang menawarkan produk tertentu dengan jaminan produk itu akan menyembuhkan penyakit yang ditanggung.

Sedangkan, kita tidak tahu tahap ekonomi sesebuah keluarga itu.

Cukuplah sekadar memaklumkan tentang produk yang kita jual, ataupun kita tahu tentang sesuatu produk kesihatan. Jika tuan rumah atau ahli keluarga itu berminat, berkemungkinan besar mereka akan meminta maklumat tambahan.

Jika tidak, adalah lebih baik kita sekadar memberikan maklumat atau panduan asas saja.

Yang penting, tidak perlu bermulut celopar, yang berkemungkinan akan menyebabkan hati seseorang terluka.

Sewaktu sedang meneguk sarbat. Tiba-tiba terdengar suara mengilai dari dalam kamar seseorang.

Saya mendiamkan diri.

Isteri tuan rumah bergegas masuk, dan beberapa ketika keluar dengan wajah tenang.

"Anak awak sakit?" tanya salah seorang tetamu.

Isteri tuan rumah hanya tersenyum.

"Itu bunyi mengilai ... macam kena sihir, dah lama kena? siapa yang dengki sangat kat awak ni cik Mah hoii!" bertubi-tubi soalan itu terpancut dari mulut salah seorang tetamu.

Saya hanya mendiamkan diri.

Tuan rumah dan ahli keluarga hanya membisu seribu bahasa.

Seorang demi seorang tetamu memohon untuk pulang.

Sewaktu menemani saya keluar. Tuan rumah ternyata resah dengan apa yang berlaku.

"Saya dah buntu nak cari orang untuk berubat ... dah merata, tapi tetap tak berhasil." tuan rumah meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

"Tuan haji, saya akan bertanya sahabat saya, saya pun tak ada pengalaman. Cuma jika tuan haji tidak keberatan menerima cadangan dari saya ..."

Tuan rumah memegang tangan saya dengan sepenuh harapan.

"Begini, ini bukan ilmu baru. Cuma, ini adalah ajaran dari arwah tok wan saya, alhamdulillah, pesakit berjaya dipulihkan."

"Apa caranya?"

"Tiap kali ahli keluarga pulang dari tempat yang jauh, atau pulang dari surau atau masjid, atau pulang dari kerja. Jangan terus masuk ke dalam rumah. Berdiri depan pintu rumah. Baca surah Al Ikhlas sebanyak 3 kali. Lepas tu masuklah ke dalam rumah. Itu sahaja."

Tuan rumah hanya mengangguk.

Kami bersalaman dengan penuh kemesraan.

.
.

Sepanjang ingatan saya. ALHAMDULILLAH. Sesiapa sahaja yang mengamalkan surah ini, samada sewaktu dalam solat atau dijadikan wirid. Atau dibaca dalam waktu lapang, INSYAALLAH, banyak perkara yang dipermudahkan dalam kehidupan.

Ya, saya hanya berkongsi sesuatu yang membawa manfaat kepada umat Islam.

.
.

Abang Long.
AL QURAN adalah penawar kehidupan.

#ADR2

No comments:

Post a Comment