Saturday, September 1, 2018

Potong barisan.

Potong barisan.
"Abang .. pphheewwiitt ..." kelihatan seorang gadis melambai dari kejauhan.

"Awak kerja di mana?" saya bertanya kepada seorang gadis yang menerima sumbangan dadih sebagai juadah berbuka.

Si gadis memaklumkan yang dia baru mendapat kerja di sebuah pasaraya terkenal.

Tidak berlama, setelah sumbangan diserahkan saya terus bergerak semula, menghantar ke rumah penerima lain.

Peristiwa itu terus dilupakan.

Saya memandu si Kancil sambil tersangak-cangak mencari parkir di dalam kawasan sebuah pasaraya.

Semuanya penuh. Tetapi disebabkan badan Kancil yang comel. Maka tiada masalah untuk saya parkir di tepi jalan dalam kawasan pasaraya itu.

Setelah beberapa barangan dibeli. Saya terus menolak troli ke bahagian kaunter.

Ya Allah. Begitu panjang orang ramai beratur di kesemua laluan.

Tidaa pilihan, saya terpaksa juga bersabar dan beratur.

Setiap troli dihadapan saya, semuanya penuh. Hanya troli saya sahaja yang tidak sampai suku.

Tekak kehausan, itu perkara biasa.
Perut kelaparan, itu perkara biasa,
Kaki keletihan, itu perkara biasa,

Tetapi.

Bila pinggang saya terasa sengal. Saya sudah nekad untuk duduk diatas lantai.

Tidak sanggup untuk menanggung sakit pinggang yang amat sakit.

"Abang."
"Abang."
"Abang!"

Saya memang mendengar suara seseorang sedang memanggil. Tapi bila dipanggil 'Abang.' Ramai abang yang sedang beratur.

Dan saya langsung tidak memperdulikan panggilan itu.

Tiba-tiba telefon bimbit saya berbunyi. Panggilan dijawab.

Tidak sempat saya menjawab 'hello.'

Tiba-tiba suara seseorang menerjah.

"Abang .. pphheewwiitt ..." kelihatan seorang gadis melambai dari kejauhan.

"Abang ... abang pandang kaunter paling hujung."

Saya yang terpinga-ping terus memandang kaunter paling hujung. Disebabkan saya rabun jauh, jadi saya agak kurang nampak siapa yang berada dihujung kaunter.

"Hello, awak siapa?"

"Abang ... dengar ni ... abang jalan terus ke kaunter paling hujung, saya tunggu disini."

Panggilan ditamatkan.

Saya berjalan laju ke arah kaunter paling hujung.

Hampir mendekat. Saya tersenyum. Rupa-rupanya si gadis yang saya hantar dadih yang sedang berada di kaunter itu.

Sebaik sahaja saya tiba di kaunter itu. Barulah si gadis membuka kunci dan membuka kaunter secara rasmi.

"Ini je barang yang abang beli?" tanya si gadis dengan manja.

Saya hanya mengangguk.

Usai membuat pembayaran. Si gadis sempat memohon bantuan. "Ada sebuah keluarga ni, memang susah, kami sekeluarga kenal dah lama ... kalau abang boleh hantar juadah berbuka ke rumah dia?"

Saya memberi jawapan yang saya akan uruskan secepat mungkin.

Sebaik masuk ke dalam kereta. Saya terus mengirimkan whatsApp kepada gadis itu.

"Terima kasih kerana memudahkan urusan saya. Alhamdulillah, lega. Lain kali panggil saya Abang Long atau Abang Feroz, jangan panggil Abang saja. Makna dah lain tu ..."

Setelah berbuka, si gadis menjawab semula mesej saya.

"Baik Abang Feroz ...hahahaha ... saya pun dah nak bertunang lepas raya."

ALHAMDULILLAH.

Terasa sangat, sejak saya menjalankan program ini, banyak urusan saya dipermudahkan oleh Allah.

.
.

Abang Long.
Usahakan untuk mempermudahkan urusan orang lain.

No comments:

Post a Comment