Saturday, September 1, 2018

DOA atau CELA.

DOA atau CELA.
"Terima kasih, ALLAH." ramai yang senyum.

.
.

Ada satu perbuatan yang kalau kita lakukan, ianya akan mengundang senyuman, menjemput rezeki, manawan hati, menaikkan darjat, menjalin silatur rahim.

Apabila kita berada di dalam sesebuah majlis. kenduri kahwin, hari jadi, rumah terbuka, atau apa sahaja majlis keraian.

Selesai kita menjamu selera. Jika ternampak ada tetamu lain yang berdiri dan memegang pinggan yang berisi makanan.

USAHAKANLAH.

Bertindak segera dengan menyegerakan urusan. Basuh tangan dan mempersilakan tetamu yang sedang berdiri itu untuk mengambil tempat duduk kita.

Perbuatan itu sudah pasti menambahkan lagi kredit pahala untuk kita.

Kita telah mempermudahkan urusan umat Islam atau orang ramai yang memerlukan tempat duduk.

TETAPI. Jika sekiranya kita terus duduk, dengan 'buat-buat tak nampak.'

Tidak ada siapa yang marah. Tetapi, perbuatan kita akan menjadi bahan umpatan orang lain.

Umpatan atau celaan dari perasaan orang ramai yang marah juga dikira DOA.

Bimbang jika doa itu diaminkan oleh malaikat.

Hari ini. Saya telah menghadiri beberapa majlis. ALHAMDULILLAH. Walaupun orang ramai telah memenuhi segenap ruang yang disediakan. Beberapa orang wanita menggamit ke arah saya. Rupa-rupanya mereka hendak memberikan tempat duduk kepada saya.

"Alhamdulillah, terima kasih ya puan ... ALLAH, MURAH REZEKI puan." sambil saya meletakkan pinggan nasi di atas meja.

"Amin, terima kasih ya pakcik mendoakan rezeki untuk saya."

"Dia panggil aku pakcik?" gumam saya dalam kesayuan.

.
.

Abang Long.
Nasib baik isteri saya panggil saya - Abang.

# Siapa panggil saya PAK CIK, saya dengan kejamnya akan UN FRIEND.

#ADR2

No comments:

Post a Comment