Wednesday, January 4, 2017

Adab atau hipokrit ?

Adab atau hipokrit ?

Setiap kali ziarah ke rumah orang. Paling membimbangkan saya bilamana anak-anak tidak tahu menjaga adab.

Bergerak bebas dalam rumah orang. Sentuh perabut dan barangan tuan rumah. Dan paling bimbang bila anak tak tahu jaga mulut.

Sewaktu berada di meja hidangan. Tuan rumah menghidangkan laksa Penang.

Makanan kegemaran kami seisi keluarga.

Saya adalah orang terakhir yang mengambil makanan.

MasyaAllah. Sungguh masin kuahnya !

Sebelum sempat saya memberikan isyarat kepada ahli keluarga. Tiba-tiba isteri tuan rumah bertanya kepada anak bongsu saya.

"Sedap tak?"

"Alhamdulillah." jawab anak bongsu saya yang masih kecil.

Satu jawapan yang melegakan kami.

Tuan rumah tersenyum.

Usai menjamu selera. Kami terus memohon diri untuk pulang.

Didalam Kancil. Terus sahaja anak saya meminta singgah di kedai untuk membeli air cincau.

Saya amat faham permintaannya itu.

TERIMA KASIH wahai anakku kerana tahu menjaga adab.



.
.

Abang Long.
Akhlak dan adab seiring.

 

No comments:

Post a Comment