Wednesday, January 4, 2017

Sumbangan sebelum syahadah

Sumbangan sebelum Syahadah.

Sesekali melihat tuan Imam dan jemaah muslimat berpakaian sukan, boleh mengundang senyuman.

Maklumlah. Selama ini mereka berjubah dan berserban. Manakala jemaah muslimat, seringkali berjubah atau bertelekung.

Apabila tiba di padang taman. Mereka menggunakan pakaian yang bersesuaian.

Kesihatan dijaga. Aurat terpelihara.

Sebelum memulakan joging. Saya sempat berbual santai dan mengusik seorang sahabat yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan ke 3. 

Menariknya, ketiga-tiga isteri turut ada bersama di padang.

Sewaktu mengadakan senaman pemanas badan. Lalu seorang lelaki Cina. Bertubuh sederhana. Memakai t-shirt Pagoda dan berseluar pendek.

"Haji, itu paip sudah ok ka?" tiba-tiba sahaja dia bertanya kepada tuan Bilal surau.

"Eh, sudah, sudah siap minggu lepas." tuan Bilal menjelaskan keadaan.

"Saya punya orang kata, surau tak ada air-cond, betulkah?" tanya lelaki Cina itu lagi.

Tuan Bilal hanya mengangguk. Saya diam. Malu hendak campur urusan yang saya sendiri tak tahu asal usulnya.

"Ok, ini macam, petang ini saya pergi tengok." sambil lelaki Cina itu terus berlalu.

Melihat saya yang terpinga-pinga. Tuan Bilal menerangkan kisah yang sebenarnya.

"Ya Allah, saya hanya mampu mengucapkan syukur tidak terhingga."

Rupanya lelaki Cina itu telah menunjukkan minat untuk memeluk agama Islam. Hanya menunggu masa yang sesuai sahaja.

Usai berlari satu pusingan. Saya tidak bertemu langsung dengan tuan Bilal dan lelaki Cina itu.

Mungkin mereka telah pulang. 

Sejujurnya, selama ini saya tidak pernah terfikir untuk mencukupkan segala keperluan surau dan masjid.

Setahu saya, AJK yang bersusah payah dan bersekang mata mencari dana.

No comments:

Post a Comment