Monday, January 2, 2017

SELAWAT untuk kesihatan.

SELAWAT untuk kesihatan.

Memang saya berasa serba salah dengan seorang ibu muda. Beranak 3. Baru sahaja bercerai. Suaminya balik Siam telah hampir 6 bulan. Langsung tiada khabar berita.

Mereka kerap bergaduh, dan pergaduhan terakhir menjadi punca perpisahan.

Anaknya yang ketiga, berusia 9 bulan.

Beberapa kali beliau datang untuk mendapatkan susu bagi keperluan anaknya.

Hasil dari sumbangan para sahabat. Saya telah membelikan susu formula untuk anaknya.

Tetapi, sayangnya. Berbagai jenama susu telah diberikan, bertukar ganti, namun si anak masih tetap meragam.

Perutnya seolah-olah tidak dapat menerima susu formula. Itu jangkaan saya.

Telah beberapa kali dibawa ke klinik kesihatan daerah. Namun, Doktor menyatakan anaknya tiada masalah.

Sejujurnya, saya sendiri hampir putus asa. Beberapa orang sahabat telah membawa wanita ini ke beberapa pusat rawatan Islam dan alternatif, namun tidak menampakkan sebarang perubahan.

MAAF CAKAP. Sehingga satu ketika, sewaktu mendukung anaknya itu, saya mengetuk pintu rumah. Akibat buntu dan tidak ketahuan.

Sehinggalah satu hari. Saya sendiri membancuh susu untuk anaknya itu.

Saya berselawat beberapa kali.

Dan terus si ibu menyuapkan susu ke mulut anaknya.

Usai minum. Si anak terus bermain dan leka.

Mereka pun pulang.

Beberapa hari kemudian. Saya bertemu dengan ibu muda itu.

"Anak saya sudah tidak kembung perut lagi." luah ibu muda itu dengan senyuman lega.

"Alhamdulillah, apa yang awak buat?" saya memohon kepastian.

"Sewaktu bancuh susu, saya terus berselawat tanpa henti ... ya itu sahaja."

Saya mengangguk dan bersyukur.

Hasil perbualan. Barulah saya tahu. Semenjak berpisah dengan suaminya. Beliau menghadapi tekanan. Setiap kali membancuh susu dan memberi anaknya makan. Beliau sering marah dan mengeluh.

Tetapi kini. Hanya lafaz zikrullah dan selawat sahaja yang bermain dibibirnya.

Alhamdulillah.


.
.

Abang Long.
Berselawat sambil niat.

No comments:

Post a Comment