Monday, January 2, 2017

Perginya sang maintenance.

Perginya Sang 'Maintenance.'

Malu ? Memang terasa malu yang teramat sangat. Seorang jiran, seorang sahabat sekampung, rumahnya tidak sampai 100 meter dari rumah saya.

Subuh, usai solat. Tuan Imam mengumumkan sahabat telah menghadap Illahi.

"Qolu innalillah ..."

Saya tersentap !

Bila menziarahi jenazah. Barulah saya tahu, rupanya sahabat saya telah dimasukkan kedalam ICU selama seminggu akibat komplikasi penyakit tiga serangkai.

"Maaf ya kak, saya tak sempat ziarah waktu di ICU." 

"Itulah, kalau dia selalu solat di surau, boleh jadi orang ramai yang tahu ..." luah si isteri.

Tiba-tiba tuan Imam bersuara. "Siti, kalau kamu tak tahu, ini aku nak bagitau, selama ini, arwah lah yang me repair segala kerosakan elektrik di surau kita, dialah yang menggantikan kepala paip, mentol dan apa sahaja yang dia boleh buat ... satu sen pun dia tak minta upah apatah lagi harga barang." 

Semua orang terkedu.

Si isteri semakin kuat tangisannya.


.
.

Abang Long.
Ramai yang beramal dalam diam.

No comments:

Post a Comment