Monday, January 2, 2017

Buku untuk si gadis.

Buku untuk si gadis.

Agak lama nak sampai kepada tujuan. Itulah rumusan saya.

Saya dipelawa masuk kedalam rumah, oleh pelanggan saya. Mendapati ramai anggota keluarganya, maka saya masuk dengan senang hati.

Sekadar bertanya berbasa-basi. Tiba-tiba seorang lagi tetamu datang. Bertambah meriah isi rumah itu.

Setelah hampir 1 jam berbual. Saya mohon untuk pulang. 

Kelihatan tuan rumah dan isteri, masing-masing berpandangan sesama sendiri.

Diluar rumah. Barulah si isteri menerangkan duduk perkara sebenar.

Mereka dalam kesusahan. Tidak mampu membayar harga buku.

Saya pula yang serba salah. Sedaya upaya, saya tidak mahu membebankan pelanggan.

Dalam kami berbincang. Tiba-tiba sahaja tetamu tadi menjengah keluar dan menyapa kami.

"Berapa harga semua buku itu, saudara?" soalnya spontan.

Kedua-dua suami isteri itu tergamam, terkelu lidah mereka.

Tetamu tadi terus membayar harga buku setelah saya memaklumkan harganya.

Sewaktu berada diatas motor, untuk pulang. Saya sempat bertanya kepada si suami, siapakah tetamu yang budiman itu.

"Itulah tuan penyewa rumah ini, kami menyewa darinya, sudah 2 bulan kami tak bayar sewa, tapi dia memang banyak membantu kami." luah si suami.

"Dia minat kat akan dara kami ... masalahnya, anak dara kami duk tingkatan 2." laju sahaja si isteri mendedahkan rahsia.

"Ooo ..." itu sahaja yang mampu saya kata.

Putaran filem lakonan Tan Sri P. Ramlee sentiasa berulang.

#HikmahSuriTauladan2


.
.

Abang Long.
Yabedabedooo

No comments:

Post a Comment