Wednesday, January 4, 2017

Parkir percuma demi sahabat.

Parkir Percuma Demi Sahabat.

Dalam keriuhan di beranda masjid. Masing-masing bersalaman dan berpelukan. Ada yang akan berangkat pulang ke kampung halaman.

Gurau senda terus bergema. Tidak kurang yang menitiskan air mata.

Seorang sahabat terus mencuit bahu saya. Dengan nada berbisik dia bertanya. "Abang long balik kampong tahun ini?"

Dengan senyuman tipis, saya hanya menggelengkan kepala.

"Kalau abang long nak balik seorang, saya boleh tumpangkan ..." tulus sungguh hatinya ingin membantu. Anak kelahiran Pulau Mutiara ini memang selalu pulang ke Bagan, rumah atuknya.

Tiba-tiba seorang sahabat pula menyapa. "Abang Long, saya nak minta tolong sangat-sangat ni ... harap tak hampakan."

"Ha, apa halnya?" saya bertanya ringkas.

"Saya nak minta tolong abang long jagakan kereta saya, biar parkir di rumah abang long, saya bimbang nak parkir di rumah sendiri, maklumlah kawasan terbuka ... dan ..." sahabat saya terhenti.

"Kalau abang long nak pakai kereta tu, pakailah, saya izinkan." terang sahabat saya lagi.

Ya Allah. Sedikit sangat khidmat aku untuk ummah.

Tetapi KAU gantikan dengan nikmat persaudaraan yang amat bermakna.

Saya telah berkira-kira untuk tidak kemana-mana, kerana Kancil saya amat uzur.


.
.

Abang Long.
Rezeki seperti bergolek.

 

No comments:

Post a Comment