Monday, January 2, 2017

Motor si gagap.

status.
May 13, 2015 10:13am

Motor Si Gagap.

Leka saya bersembang dengan seorang sahabat yang telah lama tidak bertemu. Kehidupannya agak berjaya sekarang. Pelbagai jenis perniagaan dilakukannya, seorang yang tidak mengenal erti putus asa.

Perkara paling menarik tentang sahabat saya ini. Beliau seorang yang gagap. Tetapi panas baran. Dan seingat saya, beliau pernah bergaduh dengan penjaga gerai judi fun fair. Itu kisah sewaktu kami remaja.

Tiba-tiba, kami terdengar bunyi dentuman motor yang agak kuat. Serentak itu juga telefon bimbit saya berbunyi.

Panggilan dijawab. Sambil saya melihat sahabat saya berkejar ke tempat kejadian yang hanya beberapa langkah dari tempat kami berbual. Kelihatan motornya terbalik kerana dirempuh oleh seorang penunggang yang masih remaja.

Agak lama saya berbual melalui telefon bimbit saya, melayan panggilan pelanggan. Sambil memandang ke arah tempat kejadian berlaku.

Tiba-tiba saya teringat sesuatu. Ya Allah. Saya hanya bermohon sesuatu. Bimbang sahabat saya akan bertindak balas. Saya sudah terbayang kesan buruknya.

Sebaik panggilan ditamatkan. Sahabat saya masih berada disisi motornya. Dan remaja tersebut telah berlalu.

Saya tidak bertanya apapun. Hanya melihat sahabat saya dan memandang kearah motornya.

Sahabat saya hanya tersenyum.

"Budak tadi?" saya terus kepada soalan paling pokok.

"Dia dah ke klinik, kaki dia hentam ekzos motor, plat motor aku je yang patah, ah, itu boleh ganti." sahabat saya menjelaskan duduk perkara sebenar.

"Berapa engkau minta dari budak tu?" 

"Tak ada ... aku yang bagi RM10 kat dia, suruh pergi ambil ubat di klinik."

Saya ternganga ...

Mengikut perkiraan saya. Remaja itu yang sepatutnya dipersalahkan dan perlu membayar ganti rugi. Sekarang, keadaan sudah menjadi sebaliknya. Memang saya kebingungan.

Saya memandang tepat mata sahabat saya memohon kepastian.

"Aku kesian kat budak tu, dia gagap, dia sudah mohon maaf, lagipun bukannya besar sangat kesalahan dia, dan aku kasihan sebab dia yang cedera. Apalah sangat dengan RM10 yang aku bagi pada dia untuk berubat, lagipun selama ini Allah dah bagi aku terlalu banyak, alhamdulillah." jelasnya dalam keadaan gagap.

Kali ini saya tidak lagi memandang sahabat saya. Saya hanya memandang motornya.

Kalaulah motor aku yang kena langgar tadi ....



.
.

Abang Long.
Alhamdulillah,  ALLAH berikan kesempurnaan. 

No comments:

Post a Comment