Kek Hati Emas.
Sewaktu sambutan Hari Ibu, yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan BAITUL FIQH. Berlangsung di Bistro Qaseh, Shah Alam.
Para ibu tunggal dan tetamu jemputan lainnya telah dijamu dengan nasi beriani, ayam masak merah, acar dan laksa. Memang sedap !
Kek istimewa sempena majlis tersebut telah disumbangkan oleh seorang dermawan yang budiman.
Usai upacara potong kek. Kek telah dibawa ke meja bahagian jamuan.
Mungkin disebabkan tetamu telah kenyang dengan jamuan yang berat, maka kek kurang disentuh oleh tetamu.
Kelihatan seorang ibu tunggal membawa sepotong kecil kek kedalam dewan untuk dinikmati.
Sejurus tidak lama kemudian. Ibu tunggal itu membawa keluar piring yang masih ada kek.
"Kenapa akak tak makan kek itu?" saya terus bertanya.
"Akak tak boleh telan, abang long, teringat kat anak-anak dirumah, dah lama mereka tak merasa kek yang sedap." luah si ibu seperti sesuatu tersekat dikerongkongnya.
"Boleh tak akak bawa balik kek ini ? nak cari plastik." ibu tunggal itu terus memohon bantuan dari saya.
Allahu akbar ...
Kek sebesar dua jari deawasa nak dibawa balik untuk dinikmati oleh anak-anak.
Saya terus mendapatkan beg plastik kecil. Dan terus mengambil kek sebesar piring, dimasukkan kedalam beg plastik, dan saya terus berikan kepada ibu tunggal itu.
Mukanya kelihatan kaget.
Mungkin kerana melihat banyaknya kek yang diberikan kepadanya.
"Eh, abang long, nanti tetamu lain nak makan apa?" sempat lagi dia ingat kepada hak tetamu lain.
"Jangan bimbang, akak bukannya mencuri, dan saya yang bertugas disini, saya bertanggungjawab !"
Sepotong kek untuk Hati Emas Seorang Ibu.
Bergetar bibirnya mengucapkan terima kasih.
.
.
Abang Long.
Masih punya ibu yang tersayang.
No comments:
Post a Comment