Wednesday, January 4, 2017

Rahsia dan amanah.

Rahsia dan amanah.

Setiap kali berkunjung ke rumah golongan asnaf. Saya pasti akan ditanya satu soalan:

Siapakah yang menghulurkan sumbangan dadih ini ?

Sebagai Pemegang Amanah. Saya tidak akan mendedahkan siapa yang bersedekah, siapa yang menaja, siapa yang dermawan.

Yang saya jawab ialah:

Tuan dan puan doakan semoga penderma, penaja dan dermawan ini dikurniakan kesihatan yang baik, hidup yang barakah, limpahan rezeki yang tidak terhitung dan dimasukkan kedalam syurga NYA, tanpa hisab.

DAN. Sejujurnya. Dari pengalaman saya selama 6 tahun ini. Ramai dikalangan penerima sumbangan dari golongan asnaf ini yang terus sahaja mengangkat tangan merayu dan memohon ke hadrat Allah. Supaya para dermawan yang ikhlas ini diberikan ganjaran terbaik, dunia dan akhirat.

Saya mengaminkan doa itu.

BAKI 3 hari lagi untuk kita terus membuat pecutan amal kebaikan sesama manusia.

Program Sedekah Juadah Dadih Untuk Berbuka Puasa ini terus berlangsung hingga hari Khamis.
.
.

Nota: 

Ahad: 

DADIH telah disumbangkan kepada anggota pasukan keselamatan: 
1] Ibu Pejabat Polis Daerah Klang.
2] Ibu Pejabat Polis Bahagian Trafik, Klang.
3] Balai Bomba, Klang.
cc: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Isnin:
1] Hospital HTAR klang - Staff dan pesakit tingkat 7 & 8.
2] Kakitangan Keselamatan HTAR, Klang.


.
.

Abang Long.
Terus bersyukur.

 

No comments:

Post a Comment