Wednesday, January 4, 2017

Mata berkaca.

Mata berkaca.

Terasa seram sejuk mendengar bunyi kaca pecah di ruang tamu. Saya bingkas bangun, mencari anak bungsu yang berusia 9 tahun.

Alhamdulillah. Dia masih bermain di satu sudut bermain bersama anak tuan rumah yang masih kecil bersama pengasuhnya.

Rupanya kaca penutup balang kuih jatuh, sewaktu dipegang oleh seoang kanak-kanak, yang berusia 5 tahun.

Anak itu begitu hiperaktif. Namun, agak kasihan kerana ibunya seperti tidak dapat mengawal tingkah anaknya.

Si ayah berbual di luar rumah sambil menghisap rokok.

Tuan rumah bersikap berlapang dada.

Dibersihkan kawasan deraian kaca pecah.

"Sayang main di luar sekejap ya, pakcik nak bersihkan dulu kaca ni, nanti kalau kamu terpijak, boleh luka kaki tu." dipujuknya si kecil itu.

Usai berhari raya. Kami keluar beramai-ramai. Bersalaman dengan ahli keluarga tuan rumah.

"Baik sungguh budi tuan, saya rasa malu, kaca pecah pun boleh besabar," luah si ibu dengan perasaan terharu dan sebak.

Isteri tuan rumah pula menyampuk. "InsyaAllah, kita doakan yang terbaik, ramai anak waktu kecil, punyalah susah nak dijaga, bila dah besar, merekalah yang jaga kita."

Tiba-tiba suasana gempar sekali lagi. Si kecil itu melintas jalan, menerpa ayahnya yang menunggu didalam kereta di seberang jalan


.
.

Abang Long.
Kita doakan kebaikan kepada semua.
 

No comments:

Post a Comment