Wednesday, January 4, 2017

Semerbak Setanggi. Sejambak Bunga.

Semerbak Setanggi. Sejambak Bunga.
.
.

Mulanya saya bercadang hendak ke Shah Alam. Tetapi terpaksa membuat u-turn di Bandar Klang.

Hujan sudah mula menitik kasar.

Saya tumpang berteduh di dalam sebuah kedai menjual bunga-bungaan untuk sembahyang oleh penganut agama Hindu.

Hujan semakin lebat disertai angin kencang.

Seorang anak gadis penjual bunga menyuruh saya masuk ke dalam kedainya.

"Tuan, masuk ke dalam, ada kerusi disitu." 

Ya Allah, halus sungguh budi bahasanya. 

Sebaik duduk di kerusi yang disediakan. Saya terasa agak pening.

Maklumlah, bau setanggi agak kuat menyucuk rongga hidung saya.

Saya menekup muka saya dengan tangan bagi menutup hidung.

Sekali lagi saya tergamam.

Mungkin si gadis mengetahui rasa kurang enak pada diri saya.

Si gadis terus mencabut kayu setanggi dan membawa ke bahagian belakang kedai.

Saya memang berasa serba-salah.

"Cik, maaf, saya telah buat cik serba salah ..."

"Eh, it's ok. Tidak mengapa, lagipun kayu itu sudah mau habis, bila hujan berhenti, barulah saya akan ganti lain." si gadis menerangkan keadaan sebenar.

Saya mengangguk.

Setelah hujan hampir berhenti, namun tetap gerimis. Saya mohon diri untuk pulang.

Sambil lalu. Saya mencium bunga-bungaan yang ada.

"Hmm ... wanginya bunga, sewangi budi baik cik, terima kasih kerana sudi memberikan saya tempat untuk berteduh." 

Si gadis tersenyum tersipu-sipu malu.

Setelah berlalu. Sewaktu menunggang motor. Barulah saya sedar sesuatu.

Saya terlupa bertanyakan nama gadis India yang begitu luhur budi bahasanya.

No comments:

Post a Comment