Monday, January 2, 2017

Pahala AUTO. Dosa AUTO.

Pahala AUTO.
Dosa AUTO.

Sejak semalam, saya hanya membaca dan memerhatikan kisah isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi viral.

Saya hanya tersenyum. Ya, hanya tersenyum.

Ulasan dari pelbagai sudut diberikan. Politik. Sosial. Budaya. Agama.

Ada yang mempertahankan. Dan tidak kurang juga yang menyindir.

Saya hanya tersenyum. Ya, hanya tersenyum.

Pagi ini. Usai solat Subuh. Isu yang sama menjadi bualan jemaah masjid.

Saya hanya tersenyum. Ya, hanya tersenyum.

Pelbagai perspektif dan sudut dibincangkan. Kali ini saya amat teruja mendengar ulasan oleh pakar ekonomi, pakar politik dan pakar hukum dalam agama.

Saya duduk bersila, sambil badan menyandar ditiang seri masjid.

Nada perbincangan seolah-olah negara akan menghadapi PRU.

Akhirnya, barulah saya bertanya dengan cukup lembut, tetapi mampu menyentap jemaah yang ada.

"Ada sesiapa disini yang berada dilokasi kejadian, pada waktu itu?" soalan pertama saya bagaikan peluru.

Semuanya memandang antara satu sama lain.

"Engkau ada ke disitu waktu tu?" kasar sungguh bunyi nada suara dari seorang warga emas.

"Saya tak ada disitu." saya menjawab jujur sambil menggelengkan kepala.

"Tetapi ..." saya hanya menyambung sedikit.

Dan semua mata terarah kepada saya.

"Kakak saya ada disitu, sahabat-sahabat saya ada disitu, dan semua melihat dengan mata kepala sendiri apa yang berlaku." kali ini jawapan saya cukup tegas.

"Sepatutnya, bulan Ramadan ini kita mencari pahala auto, bukannya mencari dosa auto. Solat kita tadi, belum melayakkan kita untuk ke syurga NYA, tetapi dosa mengumpat, dosa memfitnah apatah lagi dibulan Ramadan ini, sudah pasti menjadi beban kepada kita disana kelak."

Saya teringat kisah bagaimana kanak-kanak menyusun selipar dan kasut dihadapan tangga masjid. Kemudahan kepada jemaah untuk dipakai sewaktu hendak keluar dan pulang ke rumah masing-masing.

Tanpa berselindung. Saya juga pernah beberapa kali menyarungkan kasut, selipar, capal kepada beberapa orang tua. Ketika melihat kepayahan mereka dek keuzuran dan faktor usia.

Saya tidak merasakan diri ini hamba abdi. Tetapi saya merasakan itu sahaja kebaikan yang mampu saya lakukan.

Ibu saya pernah memuji akhlak seorang pemuda sewaktu ibu saya terbongkok-bongkok mencari seliparnya yang hilang, dalam satu majlis kenduri kahwin.

Apabila pemuda itu membantu mencarikan selipar ibu saya. Setelah jumpa, pemuda itu menyarungkan selipar itu ke kaki ibu saya. Kerana ibu saya menghidap gout.

Nampak tak ?

Kita melakukan kebaikan kepada insan lain. DAN, orang lain melakukan kebaikan kepada orang tua dan keluarga kita.

# Ini bukan status politik. Ini ialah status kemanusiaan.



.
.


Abang Long.
Beramal walau sedikit.

 

No comments:

Post a Comment