Wednesday, January 4, 2017

Senyum ada makna.

Senyum ada makna.

Agaknya orang tua itu sudah tidak tahu bagaimana hendak menegur. Akhirnya dia diam membiasu.

Dia hanya memerhatikan gelagat anak kecil, remaja dan dewasa yang bertandang ke rumahnya, semuanya lebih menumpukan diri kepada telefon bimbit dan segala gajet.

Tidak ada suara riuh rendah seperti puluhan tahun dulu.

Aidil Fitri disambut meriah. Gelak tawa. Senda gurau. Bertanya khabar.

Semuanya pupus.

Saya memandang orang tua itu. Persis Tok Ya dalam novel Seorang Tua Di Kaki Gunung.

Beberapa orang dewasa yang cuba berbual dengannya juga tidak diendahkan.

Orang tua itu hanya tersenyum memandang remaja yang bermain dan melayan gajet.

Akhirnya. Mungkin tersedar sesuatu yang tidak kena. Si ayah memanggil anak-anaknya. Mengambil semua gajet. 

Barulah orang tua mula bersembang dengan tetamu yang hadir.


Oh, sungguh berasa hati orang tua itu dengan tetamu yang langsung tidak peduli dengan orang tua itu.

Siapa lagi teman untuk diajak bersembang, sempena Lebaran.

"Atuk, ayah kata, dulu atuk yang buka dan teroka tanah kampong ni, atuk bela harimau ... betul ke tuk?" 

Pecah berderai lamunan atuk.

Tiba-tiba atuk rasa bangga !



.
.

Abang Long.
Semua orang akan tua.

 

No comments:

Post a Comment