Monday, January 2, 2017

Amoi seksi. Tongkat sakti.

status.



Amoi Seksi.
Tongkat Sakti.

Sewaktu berada didalam komuter, di stesen Klang. Orang ramai sudah berpusu-pusu memenuhi komuter.

Seorang amoi, terus duduk disebelah saya. Skirtnya sungguh pendek.

Iman saya sedikit tergugat.

Saya terus sahaja membuka telefon bimbit. Namun fikiran melayang merata.

Setibanya di stesen Subang Jaya.

Penumpang semakin ramai. Bersesak-sesak dan berhimpitan.

Tiba-tiba saya melihat amoi ini seolah-olah menunjuk dan menggamit ke arah seseorang.

Dan kelihatan seorang lelaki Melayu, sedang bergerak kearah kami dalam kepayahan.

Setibanya dihadapan saya. Barulah kelihatan lelaki itu rupanya OKU. Sebaik duduk lelaki itu terus melipatkan tongkatnya.

Amoi itu terus memberikan tempat duduknya kepada lelaki itu. 

Oh, Iman saya benar-benar tergugat !

Bukan kerana keseksian amoi itu, tetapi kerana sikap amoi itu.


.
.

Abang Long.
Berusaha menjadi orang baik.

No comments:

Post a Comment