Wednesday, January 4, 2017

Amalan terkehadapan.

Amalan terkehadapan.

Tidak pasti bagaimana plastik air bocor. Melimpah air mata kucing diatas jalanraya. Kedua-dua beradik turun dari motor.

Mereka bertengkar. Salah menyalah antara satu sama lain.

Saya pula baru selesai menyerahkan dadih kepada seorang peniaga di situ.

Terdengar seorang wanita memberikan nasihat. "Tak baik bergaduh, kita kan berpuasa, beli sahaja air yang lain."

"Mak bagi RM3 je..." jawab si abang sambil menjegil kearah adiknya.

"Dah, dah! beli yang lain." wanita itu terus menyerahkan RM5 kepada adik-beradik itu.

Dan kedua-duanya terus berlalu.

Saya hanya menjadi pemerhati ?

Oh tidak !!!

"Puan, maaf ya, boleh tunggu disini, sebentar sahaja." saya terus bergegas ke Kancil.

Saya terus serahkan 5 cawan dadih kepadanya. 

Wanita itu tergamam. Diterimanya pemberian dadih dengan penuh kesyukuran.

Tersenyum lebar. 

Saya terus ke Kapar. Menghantar 250 cawan dadih ke 2 buah madrasah yang diduduki oleh pelarian dibawah UNHCR.

Riang ria kanak-kanak apabila melihat dadih yang akan dijadikan juadah berbuka.

Dalam keletihan yang teramat sangat. Sementara menantikan waktu berbuka. Telefon bimbit berbunyi. Saya tak sanggup nak jawab.

Saya biarkan.

Usai solat Maghrib. Saya berbaring sebentar.

Melihat sms / whatsApp yang diterima.

'Salam. Saya nak order dadih 1000 cup, tolong bagi no acc, urgent pls!'

Ya Allah. Saya sedekah 5 cawan sahaja. Sekarang saya menerima order 1000 cawan. Subhanallah. 

Saya tergamam. Sambil termenung seketika. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menolak pesanan itu.

Memang sudah tidak cukup masa.

Tiba-tiba telefon bimbit berbunyi.

Saya angkat. Rupanya pengirim sms tidak berpuas hati dengan penolakan itu.

Saya berterus - terang menyatakan kami tidak mampu membuat dadih di saat akhir.

"Begini tuan, saya masukkan duit itu sekarang, tapi tuan bebas untuk hantar pada bila-bila masa, selepas raya pun boleh, ke rumah-rumah anak-anak yatim, rumah kebajikan atau mana-mana tempat yang tuan mudah berurusan." pemanggil menyatakan tujuannya yang murni itu.

Sungguh jauh ke hadapan rancangan yang diberikan oleh pemanggil yang budiman itu. 

Dia bersedekah di bulan Ramadan. Amalannya di bulan Ramadan. Pahalanya di bulan Ramadan.

Tetapi penghantarannya di bulan Syawal.

Ya, sudah pasti rumah anak-anak yatim, rumah kebajikan akan membuat Rumah Terbuka sempena Syawal.

Maka, salah satu juadah untuk dihidangkan ialah DADIH AR RAZI yang telah ditaja dalam bulan Ramadan.

TAHNIAH !



.
.

Abang Long.
Pahala berangkai.

No comments:

Post a Comment