Monday, January 2, 2017

Kasih sayang lawan undang-undang.

Kasih sayang LAWAN undang-undang.

Ketua Pengawal bercakap dengan nada keras. "Hanya ibu atau pesakit sahaja yang boleh duduk didalam bilik ini!"

Namun, seperti biasa. Orang ramai tetap teguh pendirian mereka. Mereka tidak mahu berganjak dari katil yang menempatkan insan tersayang.

Begitulah betapa ramai dan sesaknya didalam bilik rawatan kecemasan dan trauma.

Kelihatan seorang ibu dilayan dan dikelilingi oleh ramai anaknya. 

Kelihatan juga seorang ibu yang tercungap-cungap sendirian tanpa peneman.

Kelihatan seorang ibu yang berjalan amat perlahan menggunakan tongkat, sambil ditemani oleh cucunya.

Kali ini. Ketua Pengawal, seorang wanita terpaksa bertanya kepada orang ramai, satu persatu, status mereka.

"Hanya seorang ibu atau seorang waris sahaja yang boleh berada dalam bilik ini!" yang lain sila tunggu diluar."

Orang ramai tetap memandang ringan arahan yang diberikan.

Akhirnya. Saya perhatikan kebijaksanaan Doktor yang bertugas.

Seorang demi seorang keluar dari bilik rawatan.

Ya, apabila orang terlalu ramai dalam bilik, ini memang mengganggu tugasan para Doktor.

Barulah orang ramai terpinga-pinga dengan kejadian tersebut. 

Tidak sampai 5 minit. Para penjaga dan waris menyusut.

Setelah bilik agak lengang. Barulah kelihatan seorang demi seorang Doktor masuk dan melakukan pemerikasaan rapi keatas pesakit.

"Ramai-ramai duduk dalam bilik ini untuk apa ? bukan mereka boleh buat sesuatu." luah seorang lelaki keturunan Sikh.



.
.

Abang Long.
Hormati tugasan Doktor.

 

No comments:

Post a Comment