Wednesday, January 4, 2017

Adi Jagat.

Adi Jagat.

Beberapa kali saya pandang keliling. Semua parkir penuh. Lebih teruk lagi, bila 3 buah kereta di parkir dalam kawasan parkir motor.

Tiada pilihan. Saya naikkan motor ke atas pembahagi jalan. 

Motor diletakkan dibawah sebatang pohon rendang.

Satu kesalahan yang saya tidak mampu elakkan !

Saya terus bergegas menuju Terminal Bas. Menjemput seorang sahabat yang baru tiba.

Hampir 15 minit. Baru bertemu. Kami bersalaman dan berpelukan erat.

Maklumlah, hampir 20 tahun tidak berjumpa.

Nasib baik begnya tidak begitu besar. Boleh dibawa dengan motor.

Sebaik tiba di kawasan saya meletakkan motor. Kelihatan dua orang lelaki sedang bertengkar.

Kami dapati kereta mereka berlanggar dan melekat di bahagian belakang.

Kami tidak tahu siapa yang bersalah dalam hal ini.

Dan kami pun tidak mahu masuk campur.

Tetapi. Yang membingungkan kami. Motor saya tidak dapat dikeluarkan.

"Maaf ya tuan, boleh tak tuan gerakkan atau ubah kedudukan kereta tuan ? saya nak keluarkan motor saya." saya mohon dengan perasaan belas.

Tiba-tiba kedua-dua lelaki itu memarahi dan menengking saya.

Sungguh saya rasa tersentap !

Sahabat saya pula masuk campur.

"Tuan, maaf ya, kami hanya mohon kerjasama dari tuan berdua, sebab kami nak keluarkan motor ini, itu sahaja." 

"Bxxx, yang engko letak motor disitu apahal!" luah seorang lelaki dengan begitu emosi.

Semakin ramai yang menghampiri kami. Saya sudah merasa kurang selesa.

Tiba-tiba sahabat saya menarik tangan saya.

"Biadap sungguh, biar aku ajar sikit dorang tu!"

"Eh, Man, kau nak bertumbuk ? tolong Man, kalau kau kena belasah, aku memang tak larat nak tolong!" saya merayu.'

Dengan senyuman. Sahabat saya menyuruh saya diam.

Lalu. Dia meletakkan telapak tangan kanannya di atas jalanraya.

Seketika sahaja. Kemudian dia berdiri. Matanya dipejam rapat. 

Kemudian dia menghampiri kedua-dua lelaki yang masih bertengkar itu.

Saya perhatikan tangan kanan diletakkan dibahagian belakang. Betul-betul diparas pinggang.

Digenggam kejap. Sehingga kelihatan tangannya agak merah dan timbul urat.

Tiba-tiba kedua-dua lelaki yang sedang bertengkar itu seperti orang yang sedang kesaiktan. Kedua-duanya memegang perut masing-masing. Wajah mereka berkerut. tanda keskitan yang teramat sangat.

"Tadi aku cakap baik-baik, kamu berdua sombong, sekarang aku nak kamu ubah kereta kamu, sekarang juga, kalau tidak aku pecahkan perut kamu ...!"

Kedua-dua lelaki itu terus bergegas masuk kedalam kereta masing-masing dan terus bergerak ke arah haluan masing-masing.

"Feroz, dah jom!" arah sahabat saya.

Saya yang masih tergamam dengan apa yang sedang berlaku. Hanya melopong.

"Hoi, nak balik ka nak termenung atas jalan?" tanya sahabat saya sambil ketawa.

Enjin motor dihidupkan dan kami bergegas pulang.

Atas motor. Baru saya teringat sesuatu.

Ya Allah. Saya terlupa. Sahabat saya sememangnya pelajar jurusan persilatan. Beliau pernah belajar seni silat lincah. Dan seni silat gayung.

Dan, guru terakhirnya ialah ayahanda saudara saya sendiri. Selaku Ayahanda dalam Pekida.

Beliau banyak mempelajari ilmu kebatinan dari ayah saudara saya.

Usai solat Maghrib. Saya mendekatinya. Dengan berbisik saya memohon sesuatu darinya.

"Man, tolong ajar aku ilmu kebatinan, sikit pun jadilah ..."

"Dah, tak payah, engkau berdakwah dalam penulisan dah cukup, tak payah mengada-ngada nak ilmu kebatinan. Baru kena tegur sikit dan hilang sabar, orang beramal dengan ilmu kebatinan ni, senjata musuh di leher pun kita masih boleh bersabar ...!" luah Man penuh jujur.

Dalam diam. Atas sifat kasih kepada sesama saudara. Beliau menyuruh saya menghafal beberapa ayat pendek dalam Al Quran. Bacaan yang betul, kaedah penggunaan ayat dan amalan setiap malam. 

"Guna bila perlu. Bukannya Guna bila MAHU! Faham!" 

"Baik tuan guru!" saya tersenyum riang.

"Pukul 1 pagi, bangun solat sunat taubat, itu awal ilmu kebatinan."

Itu bisa di atur....

"Kemudian baca Al Fatihah 1000 kali."

Aduh itu betul betul bisa !


.
.

Abang Long.
Belajar di surau sahaja.

 

No comments:

Post a Comment