Monday, January 2, 2017

Tandas ada penunggu ?

Tandas yang mengganggu ...

Sakit perut yang memulas-mula menyebabkan saya terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti disebuah surau.

Suasana tidaklah sunyi sangat, walaupun jam telah menunjukkan pukul 11:45 malam. Lagipun surau itu dikelilingi oleh kawasan perumahan.

Sewaktu masuk kedalam bilik air. Memang saya ada mendengar suara orang tua batuk dengan agak teruk dan berkahak berkali-kali.

Tandas hanya ada dua sahaja. Dan satu pintu tertutup rapat. Boleh jadi orang tua itu berada didalam tandas itu.

Saya terus masuk kedalam satu lagi tandas.

Malangnya, tandas itu daun pintunya senget dan tidak ada selak.

Air pula menitik dari tangki. Dan lebih malang, tempat penyangkut pakaian pun tidak ada.

Saya mengambil keputusan untuk tunggu sahaja diluar pintu.

Menunggu sementara orang tua itu keluar. Walaupun perut ini bagai tidak tertahan-tahan.

Tidak mahu menunggu lebih lama. Saya sengaja mengetuk pintu tandas yang pertama tadi. Sebagai insyarat supaya penggunanya mempercepatkan urusan.

Ketukan yang perlahan itu menyebabkan pintu tandas terkuak.

DAN.

Tidak ada sesiapa didalamnya. Bulu roma terus naik.

Saya terus berlari keluar. Menghidupkan enjin motor dan terus memecut.

Terfikir, adakah hantu di surau ?

Hilang rasa sakit perut.


.
.

Abang Long.
Aku memang penakut.





 

No comments:

Post a Comment