Wednesday, January 4, 2017

Sihat untuk haji

Sihat untuk haji.

Memang orang tua itu tiada pilihan. Dia paling tua. Dia yang pakai kopiah putih. Dia pakai baju Melayu.

Walaupun pada mulanya dia teragak-agak untuk menjadi Imam. Tetapi permintaan majoriti jemaah.

Bacaannya, alhamdulillah.

Usai solat, habis zikir. Dia terus mengarahkan saya untuk membaca doa.

Kali ini, saya pula yang tiada pilihan. Kerana saya yang berada dibelakangnya.

Sebelum membaca doa. Orang tua itu membuat permintaan.

"Engkau tolong doa supaya aku dapat pergi haji tahun ini." mohon orang tua itu.

Spontan itu. Saya terus berdoa.

Sejujurnya, saya berdoa dalam bahasa Melayu dari awal hingga akhir.

"Ya Allah, kami sakit, kami uzur, kami sudah tidak terdaya dengan ujian dari MU, sihatkanlah kami Ya Allah ..." saya ulang sehingga 3 kali doa khusus itu.

Doa itu di aminkan oleh para jemaah seramai 9 orang.

AMIN itu begitu kuat, bergema memenuhi ruang musolla.


.
.

Abang Long.
Suka berada tepi sekali.

No comments:

Post a Comment