Monday, January 2, 2017

Roti kosong. Air kosong.

status.
Apr 20, 2015 9:09pm

Roti Kosong. Air Kosong.

Saya hanya mendengar suara seorang wanita membuat pesanan. Beliau duduk dibelakang saya.

"Bagi 3 roti kosong, banjir, air kosong 5."

Saya terus bersembang dengan beberapa orang sahabat. Sambil menikmati hidangan enak, nasi beriani dengan kari kambing.

Sebaik habis makan. Saya bangun dan terus ke sinki untuk membasuh tangan.

Sewaktu kembali ke meja makan. Barulah saya perasan. Rupanya wanita yang duduk dibelakang saya ialah salah seorang asnaf penerima zakat.

Saya pernah menghantar dadih untuk berbuka kerumahnya.

Saya hanya tersenyum memandang wanita itu melayan 5 orang anaknya yang masih kecil.

Sebaik duduk, terus sahaja saya memaklumkan keadaan dan situasi wanita itu kepada sahabat saya.

"Ya Allah, patutlah aku tengok dorang minum air kosong saja."

Tidak mahu memalukan sesiapa. Sahabat saya terus memanggil pekerja restoran.

Tiba-tiba. Kesemua sahabat saya mengeluarkan wang. Masing-masing mahu membayar harga makanan wanita dan anak-anaknya itu.

Dengan bersahaja. Saya terus mengambil wang sumbangan itu. Saya lipat dan masukkan kedalam sampul. Dan saya serahkan kepada wanita itu.

Memang dia tergamam. Tetapi saya mengarahkan dia agar menutup mulut.

"Ini ikhlas dari sahabat saya, jangan cakap banyak, ini rezeki untuk puan dan anak-anak."

Wanita itu menerima pemberian itu dengan air mata jernih bertakung ditubir mata.

Sebaik wanita itu beredar. Baru saya teringat.

Alahai, saya seorang sahaja yang tidak menderma.

#HikmahSuriTauladan2


.
.

Abang Long.
Selalu terlepas peluang.

 

No comments:

Post a Comment