Monday, January 2, 2017

Kasihnya ibu.

Kasihnya ibu...

Kebiasaannya, dalam setiap sesi kaunseling. Saya hanya akan berhadapan dengan penghuni / gadis terlanjur. Atau berhadapan dengan ibu, bapa, penjaga atau pewaris sahaja.

Tetapi hari ini. Saya bukan hanya berhadapan dengan penghuni sahaja, tetapi perlu berhadapan dengan keluarga masing-masing.

Sejujurnya, saya merasa agak gerun.

Tanpa ilmu yang cukup. Saya hanya mohon kehadrat Illahi supaya mempermudahkan urusan saya.

Memudahkan bicara. Melapangkan dada. Mendatangkan ilham. Dan membuka hati para penghuni dan pewaris.

Syukur alhamdulillah. Walapun saya berhadapan dengan esak tangis tidak berpenghujung. Ini adalah bab saya paling kurang selesa. Kerana saya lemah apabila berhadpaan dengan deraian air mata insan yang insaf dan sedih.

Namun, takdir Allah. Dalam suasana pilu kelam. Saya berjaya membawa penghuni dan tetamu kearah suasana ceria.

Paling getir apabila perlu menyelesaikan 1 kes paling berat. Apabila si anak (gadis terlanjur) yang menanti waktu untuk bersalin. Tetapi masih tidak mendapat pengampunan dari ibunya sendiri.

Namun akhirnya. Berkat doa dari semua. Si IBU (ya, kasih ibu membawa ke syurga). Dengan deraian air mata kasih, telah mengampunkan dosa dan kesilapan si anak. 

Si ibu telah berwuduk dan menadah tangan, memohon keampunan, kasih sayang dan rahmat dari Allah supaya anaknya bersalin dengan mudah.

TERIMA KASIH kepada Pengerusi Pertubuhan Kebajikan BAITUL FIQH, Puan Haliza Abdul Halimkerana terus membimbing saya menjadi sukarelawan dalam menghadapi saat tidak terduga.

No comments:

Post a Comment