Monday, January 2, 2017

Rahsia rumah sederet.

Rahsia sederat.

"Encik berikan kepada jiran saya, mereka lebih perlukan." luah seorang penerima zakat. Apabila saya serahkan bungkusan DADIH AR RAZI sebagai juadah berbuka.

"InsyaAllah puan, mereka juga akan menerimanya." saya menjelaskan kaedah penyerahan dadih sebagai juadah berbuka.

Selepas itu. Saya bergerak kerumah seorang lagi penerima sumbangan. Sewaktu menerima bungkusan dadih. Wanita warga emas itu kelihatan seperti gelisah.

Sekilas dia memandang seorang anak kecil sedang bermain basikal.

"Iman, mai sini!" wanita itu terus menyerahkan 2 cawan dadih kepada anak kecil itu.

"Kasihan budak tu, patutnya dadih ni encik hantar ke rumah itu." wanita itu menunjukkan kearah rumah yang saya sudah menghantarkannya.

Kali ini saya hanya mengangguk sahaja.

Tiba dirumah hujung. Setelah beberapa kali memberi salam. Akhirnya pintu dibuka. Seorang anak kecil lelaki, tidak berpakaian, sedang menggonggong botol susu.

"Mak ada?" saya bertanya ringkas.

"Mak ... atok datang!" si kecil terus menjerit memanggil ibunya.

Saya terkedu sebentar.

Si ibu keluar dengan berkemban. Sehelai tuala diletakkan dibahunya.

Saya tergamam untuk berbicara lebih. Terus sahaja saya serahkan dadih.

"Juadah berbuka." tidak pernah saya bercakap seringkas itu sewaktu menyerahkan dadih.

"Eh, terima kasih ya, maaf ya, encik ada hantar kerumah orang tua tu tak? kasihan dia, tinggal seorang diri, tak ada anak, selalu berbuka dengan biskut kering sahaja."

"InsyaAllah ..." saya hanya menjawab ringkas tanpa memandang kearah wanita itu.

Terus sahaja saya beredar.

Tiga keluarga ini tinggal sederet di rumah papan. 
 Tiga keluarga ini tidak mengetahui rahsia masing-masing adalah penerima zakat.
Tiga keluarga ini amat menjaga kebajikan keluarga jiran mereka.
Tiga keluarga ini lebih suka mendauhulukan jiran mereka.
Tiga keluarga berjiran ini begitu menyimpan rahsia kedhaifan mereka.

TERIMA KASIH kepada para penyumbang, dermawan dan penaja program -
Sumbangan Dadih Sebagai Juadah Berbuka Golongan Asnaf..



.
.

Abang Long.
Hormat kepada orang miskin yang bantu orang miskin.
 

No comments:

Post a Comment