Wednesday, January 4, 2017

Hanya menunggu Ramadan.

Hanya menunggu Ramadan.

"Setahun sekali saja encik jengah kami ... " begitulah luahan hati seorang wanita.

Begitulah sayu terasa dihati apabila saya ditegur oleh seorang penerima asnaf yang menerima juadah berbuka hari ini.

Saya menggenggam erat tangan suaminya.

Seorang demi seorang anaknya bersalam dan mencium tangan saya.

"Kalau encik tak datang ke rumah kami, tak ada siapa yang sudi jengah ... maklumlah kami ini siapa ..." 

Kali ini, saya bukan sahaja menghantar dadih yang ditaja, malahan saya juga membawa dua kampit beras dari orang perseorangan yang menderma.

Usai bersalam. Saya nekad untuk berlalu pergi tanpa berkata apa-apa.

Setelah agak jauh. Saya memandang cermin sisi motor. Kelihatan dari kejauhan, suami isteri dan anak-anaknya masih melambai kearah saya.

Memang sepanjang bulan Ramadan. Saya akan berhadapan dengan begitu banyak situasi yang mengharukan. 

Pagi tadi. Saya mendapat tahu, ada dikalangan asnaf yang makan separuh sahaja dadih sewaktu berbuka. Dan sebahagian lagi dijadikan alas perut sewaktu bersahur.

InsyaAllah. Esok saya akan ke rumah penerima itu sekali lagi bagi menghantar dadih supaya mereka dapat makan sepuas-puasnya.

3 hari lagi menjelang Syawal. Masih terdapat ratusan lagi penerima asnaf yang belum menikmati dadih sebagai juadah berbuka.

Adakah para sahabat mahu membuat penajaan ?

KITA bersama membuatkan si kecil tertawa keriangan dan kekenyangan.
KITA bersama membuatkan para penerima mengangkat tangan mensyukuri pemberian kecil tetapi amat bermakna.
 
 
.
.
 
Abang Long.
Beramal semampunya.
 
 

No comments:

Post a Comment